http://dapmalaysia.org 
 

Kenyataan Media Lau Weng San di Petaling Jaya pada hari Jumaat, 21 November 2008:

Kementerian Pengajian Tinggi perlu telus dalam perlantikan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) 

Perlantikan Naib Censelor di semua IPTA selalunya menjadi bahan kritikan kerana proses pemilihannya yang tidak telus.

Walaupun Menteri Pengajian Tinggi bersama-sama dengan timbalannya berkali-kali menafikan bahawa kementeriannya mengamalkan diskriminasi gender terhadap golongan wanita seperti yang dalam kes perlantikan Naib Canselor UM, penafian ini kurang menyakinkan kerana keseluruhan process pemilihan Naib Canselor UM masih tidak telus. Kementerian Pengajian Tinggi perlu meneliti perkara ini dan mengumumkan kriteria-kriteria pemilihannya.

Saya sama sekali tidak boleh bersetuju dengan hujah bahawa jawatan ini hanya boleh disandang oleh seorang Bumiputera lelaki. Jikalau Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju bertaraf antarabangsa, maka kita perlu berani menerima pakai prinsip meritokrasi di dalam sektor pendidikan. Hujah ini juga merupakan satu hujah yang bersifat double discrimination.

Pertama sekali, warna kulit dan keturunan seseorang itu tidak harus dijadikan kriteri pemilihan dalam mana-mana jawatan tinggi di IPTA, jabatan-jabatan dan syarikat-syarikat milik kerajaan.

Kedua, kerajaan tidak boleh membenarkan chauvanis kelelakian (male chauvinism) bermaharajalelas di IPTA, jabatan-jabatan dan syarikat-syarikat milik kerajaan.

Kebelakangan ini, terdapat segelintir orang yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Puan Low Siew Moi menyandang jawatan Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana Puan Low bukan seorang lelaki Bumiputera. Ini adalah satu fenomena yang cukup menyedihkan kita semua.

Dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang baru berakhir, sesetengah pihak sementara bersorak-sorai dengan kejayaan Barrick Obama, seorang calon berkulit hitam yang menang dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat baru-baru, mereka pada masa yang sama tidak dapat menerima kejadian yang sama di tempat sendiri.

Dalam kes Profesor Rafiah Salim, keputusan Kementerian Pengajian Tinggi menimbulkan banyak tanda soal. Walaupun prestasi beliau tidak begitu menonjol sepanjang tempoh dua tahun beliau menerajui UM, tetapi beliau sekurang-kurangnya dapat mempertingkatkan kedudukan UM dalam senarai kedudukan universiti Times Higher Education Supplement (THES). Bagaimana kementerian boleh menjelaskan keputusannya apabila Profesor Rafiah Salim diberi notis tidak melanjutkan perkhidmatannya dalam masa kurang daripada 48 jam seolah-olah beliau telah melakukan kesilapan yang besar sehingga perlu diarah mengosongkan jawatannya dengan serta-merta.

Oleh itu, saya menyeru kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk lebih telus dan saksama dalam menimbangkan perkara yang sama pada masa depan. Lebih-lebih lagi, apa yang penting ialah hanya mereka yang berkemampuan, berintegriti, dan berkeupayaan sahaja yang dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan yang penting ini.


* Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku