http://dapmalaysia.org 
 

Ucapan Liew Chin Tong ketika membahas Bajat 2009 di Dewan Rakyat pada hari Khamis, 23 Oktober 2008:

Tajuk-tajuk utama

1. Pembaharuan Parlimen

• “Second Chamber”
• Jawatankuasa-jawatankuasa pilihan

2. Jabatan Perdana Menteri

• Tujuh (7) Menteri dalam JPM akan dilantik pada tahun 2009?
• Penasihat-penasihat kepada Perdana Menteri
• Peningkatan tiga kali ganda peruntukan pembangunan JPM

3. Suruhanjaya Pengangkutan Awam

4. Skandal Danaharta

5. Pembaharuan Pilihanraya

• Sistem pendaftaran secara automatic
• Menurun umur pengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun

6. Isu AEC dan hak asasi bersuara

7. Pembelian Pertahanan

8. Skandal Entellium

9. Isu sebenar kemelut ekonomi

10. Kontrak Kerajaan

Lampiran 1) Senarai Perjawatan 2009, muka surat B6-5
2) Carta Perbelanjaan dan Peruntukan JPM

1. Pembaharuan Parlimen

1.1. Pembaharuan atau reformasi Parlimen haruslah dijadikan satu agenda bi-partisan disokong oleh semua ahli parlimen tanpa kira Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

1.2. Semalam, rakan saya Ahli Bukit Mertajam bercadang bahawa setiap Ahli Parlimen seharusnya diperuntukan seorang pengawai khas, seorang pembantu kawasan, serta seorang penyelidik. Pejabat ahli parlimen di kawasan juga harus dibiayai oleh Consolidated Fund.

1.3. Saya pernah membuat cadangan-cadangan serupa dalam pembahasan kajian separuh penggal RMK-9. Adalah harapan ikhas saya bahawa aganda pembaharuan parlimen seperti ini juga disokong oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.

1.4. Sehubungnya, keputusan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri membatalkan pembinaan ruang pejabat tambahan termasuk tempat letak kereta di Parlimen amat dikesali. Menurut Jawapan Parlimen JPM, “Berdasakan keutamaan Kerajaan buat masa ini, keputusan telah dibuat supaya cadangan projek ini dipertimbangkan semula secara tender di bawah RMK-10 kelak.” Ruang tersebut adalah penting supaya ahli-ahli parlimen dibekalkan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas mereka di kawasan parlimen.

1.5. Peruntukan untuk mengupah pembantu-pembantu ahli parlimen dan juga menyewa pejabat di kawasan adalah amat diperlukan dan seharusnya dilaksanakan lama dahulu.

1.6. Saya ingin membuat dua cadangan lagi untuk menyempurnakan sistem parlimen kita. Pertama, sesuatu “Main Committee” atau “second chamber” seperti diamalkan di Australia atau Westminster Hall di United Kingdom, boleh ditubuhkan di parlimen ini supaya memberi perluang yang lebih banyak kepada ahli-ahli parlimen untuk berucap, pada masa yang sama tidak perlu memakan masa Dewan utama ini. Sistem “second chamber” ini telah terbukti berjaya meningkatkan efisynsi parlimen Australia dan UK, dan seharusnya diamalkan di sini.

1.7. Kedua, sudah sampai masanya untuk penubuhan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan atau select committees. Empat jawatankuasa-jawatankuasa pilihan ditubuh pada penggal lepas tetapi hanya satu menghasilkan laporan penuhnya. Sudah hampir hujung tahun atau hujung sesi satu parlimen penggal ini tetapi sampai sekarang tidak ada tanda bahawa tugas-tugas jawatankuasa tersebut akan disambungkan.

1.8. Sebenarnya, bukan saja jawatankuasa-jawatankuasa penggal lepas yang belum selesaikan tugas-tugas mereka hendaklah dipulih secepat mungkin, malah setiap kementerian atau bidang dasar haruslah dikawal oleh jawatankuasa pilihan supaya ahli-ahli parlimen dapat menjadi pakar dalam bidang dasar awam.

1.9. Bagi ahli-ahli yang pernah melawat parlimen-parlimen negara lain, malulah parlimen kita kerana hampir semua parlimen luar negeri mempunyai sistem jawatankuasa yang berfungsi dan berkesan.

2. Jabatan Perdana Menteri

2.1. Walaupun Kerajaan amat “berjimat” dengan perbelanjaan parlimen, Jabatan Perdana Menteri diperuntukan peruntukan yang besar-besaran.

2.2. Parlimen diberikan 257 pegawai dan pekerja sokongan tetapi JPM diperuntukan 25,332 orang pegawai dan pekerja sokongan. Malah peruntukan wang untuk parlimen tidak sampai satu peratus peruntukan JPM.

2.3. Peruntukan wang, kuasa, dan pekerja kepada JPM semakin tingkat. Tetapi apa yang megejutkan adalah dalam Bajat tahun 2009 peruntukan pembangunan untuk JPM telah miningkat 3 kali ganda daripada RM 3.665 billion pada tahun 2008 ke RM 10.289 billion. Perdana Menteri haruslah menberikan satu kenyataan parlimen mengenai kegunaan dana tambahan ini. Adakah tabung ini bermotif politik untuk mengukuhkan kedudukan Perdana Menteri di dalam UMNO?

2.4. Saya juga minta Perdana Menteri supaya memberi penjelasan terhadap perbezaan atau discrepancy terdapat di dalam Senarai Perjawatan. Dalam mukasurat B6-5, Julid 1, Butiran 100, tujuh jawatan menteri Jabatan Perdana Menteri telah diperuntukan tetapi hakikatnya hanya lima menteri JPM yang sediaada, iaitu Ahli Padang Rengas, Salak, Penampang dan Senator Tan Sri Amir Shah, dan Senator Dato’ Zaid Ibrahim yang baru-baru ini meletak jawatannya. Adakah dua lagi ahli politik UMNO akan dilantik sebagai jawatan Menteri JPM dalam jangka masa terdekat?

2.5. Adalah wajib untuk YAB Perdana Menteri menjawab bahawa adakah peruntukan untuk tujuh menteri di JPM diadakan supaya beliau dapat memberi jawatan-jawatan kepada lebih ramai pemimpin UMNO seperti dituduh oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang juga ayahkanda Ahli Jerlun.

2.6. Semasa mengulas lantikan Dato Seri Shahidan Kassim sebagai Penasihat Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Tun Mahathir berbunyi bahawa “apabila sahaja tokoh tertinggi parti UMNO ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Perdana Menteri, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada YAB Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf Menteri. Selepas itu senyap sunyi.”

2.7. Setakat ini, Kerajaan mempunyai Penasihat Agama Islam kepada YAB Perdana Menteri yang bertaraf Menteri dan Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial bertaraf Menteri. Selain itu, bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal Dato’ Zainal Abidin telah dilantik sebagai Penasihat kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan, menurut ayahkanda Ahli Jerlun, Ahli Parliamen Pasir Salak telah dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

2.8. Sampai bila masa Kerajaan akan menerima mesaj rakyat pada 8 haribulan Mac. Sampai bila masa ahli politik yang telah ditolak oleh pengundi dalam PRU ke-12 tidak lagi dilantik ke jawatan-jawatan yang tidak akan membawa apa saja manfaat kepada rakyat dan hanya saja memakan dana awam.

3. Suruhanjaya Pengangkutan Awam

3.1. Walaupun penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam adalah dialu-alukan kerana buat pertama kali Kerajaan menerima hakikat bahawa sektor pengangkutan awam memerlukan penyelarasan yang lebih konsisten, berkesan dan efisyen.

3.2. Tetapi memandangkan tugas-tugas JPM telah telalu banyak, sehingga agensi Maritim pun diletak bawah kawalan JPM, adalah tidak munasabah pengurusan sektor pengangkutan awam dikawal oleh JPM dan bukannya diserah kepada Kementerian Pengangkutan daripada Kementerian Pembangunan Usahawan. Pengurusan pengangkutan hendaklah rasional berkesan dengan matlamat untuk mengwujudkan sistem pengangkutan awam bertaraf dunia dan tidak harusnya dipengaruhi oleh kumpulan vested interest.

4. Skandal Danaharta

4.1. Ahli Sungai Petani mengucap tentang Danaharta dan diminta oleh ahli-ahli Barisan Nasional supaya memberi kes untuk membukti masalah dengan Danaharta. Saya ingin meminta Kerajaan supaya memberi penjelasan tentang kes Kelab Golf Kristal.

4.2. Kelab Golf Kristal beralamat 364, Jalan Valdor, 14200 Sungai Bakap, Seberang Perai, Pulau Pinang. Pada 23hb Julai 2007, Syarikat MustaphaRaj Sdn Bhd telah diberikan hak untuk mengambil alih Kelab Golf tersebut daripada pengurusan asal.

4.3. Saya dimaklumkan syarikat tersebut diberikan hak mengambil alih oleh Danaharta dan pihak pengantinya Prokras dengan harga yang lebih rendah daripada tawaran lain. Tawaran syarikat tersebut adalah RM 21 juta dan saya dimaklumkan syarikat-syarikat lain menawarkan harga yang lebih tinggi.

4.4. Nilai keahlian Kelab Golf tersebut adalah RM 50 juta dan ramainya ahli kelab tersebut adalah pelabur-pelabur berwarga negara Jepun dan Korea. Tetapi Syarikat yang mengambil alih tidak berminat untuk memulihkan kelab golf ataupun memberi pampasan kepada bekas ahli-ahli. Ini telah memburukan nama baik negara kita di dalam kaca mata pelabur asing.

4.5. Saya harap Kementerian Kewangan dapat memberi penjelasan teliti mengenai skandal ini.

5. Pembaharuan Pilihanraya

5.1. Pembaharuan pilihanraya adalah mustahak supaya sistem demokrasi kita sesuatu yang boleh kita berbanggakan dan tidak dipertikaikan. Sudah banyak diucapkan berkenaan betapa pentingnya dawat kekal, senarai pengundi yang besih dan berintegriti, pembaruan sistem undi pos, dan tempoh pilihanraya yang sekurang-kurangnya tiga minggu. Malangnya satupun tidak dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya.

5.2. Apa yang saya ingin cadang hari ini adalah pertama, sistem pendaftaran pemilih secara automatic, dan, kedua, penurunan umur pemilih daripada 21 tahun ke 18 tahun.

5.3. Tidak diketahui oleh ramai bahawa seramai 4.9 juta rakyat Malaysia yang berlayak menjadi pengundi belum lagi mendaftar sebagai pengundi, termasuk 4 juta orang berketurunan Melayu. Ini agak tidak sihat untuk demokrasi negara ini memandang bahawa hanya lebih kurang 7 juta rakyat keluar menjalankan kewajiban mereka sebagai pengudi dalam pilihraya walaupun jumlah pengundi adalah hampir 11 juta orang dan jumlah warga negara yang berkelayakan pengundi adalah 15 juta orang.

5.4. Umur pengundi juga haluslah dikaji semula. Umur pengundi di negeri-negeri jiran Malaysia di Asia Tenggara, iaitu Indonesia, Cambodia, Thailand, dan Filipina adalah umur 17 atau 18 tahun. Kalau lesen pemandu diberikan kepada rakyat berumur 17 tahun, maka hak asasi untuk memilih kerajaan haruslah ditetapkan pada umur 18 tahun.

6. Isu AEC dan hak asasi bersuara

6.1. Semalam di Dewan yang mulia ini, Ahli Bintulu telah membidas stesen televisyen AEC kerana tiga program stesen tersebut dikatakan telah melampau dalam isi kandungan mereka.

6.2. Saya pernah menonton program-program yang disebut oleh Ahli Bintulu dan tidak berasa ada sebarang masalah. Saya tidak pasti adakah Ahli Bintulu menonton program tersebut sendiri, atau diberikan maklumat yang tidak berasas. Adakah dia faham makna-makna secara tersurat dan tersirat dalam program-program tersebut.

6.3. Saya tidak setuju dengan pandangan Ahli Bintulu bahawa adanya masalah dengan program AEC tersebut dan penyelesaiannya ialah program-program mestinya diperiksa oleh Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi dengan teliti sebelum disiarkan.

6.4. Betapa ketinggalan masa padangan yang diudarakan oleh Ahli Bintulu. Ahli-ahli politik haruslah sedar bahawa zaman ini bukan lagi zaman awal Merdeka dimana Kerajaan dapat menyebarkan maklumat yang diingininya sahaja dan maklumat yang lain disekatkan. Sudah ketinggalan masa kalau ahli-ahli Barisan Nasional tidak membenarkan sebarang kritikan terhadap Barisan Nasional di media massa arus perdana.

6.5. Zaman internet ini telah mengwujudkan sesuatu situasi dimana terlalu banyak pilihan saluran maklumat. Adalah penting bahawa ahli politik memahami sinario baru ini dan berlajar untuk co-exist dengan media massa dan bukan sekadar menegaskan kawalan sahaja. Mungkin kerajaan dapat mengunakan kuasa mutlak ia untuk menguasai media massa arus perdana tetapi ini ia tidak akan dapat menguasai kesemua saluran-saluran maklumat sediaada. Selain itu, kawalan ketat terhadap media massa arus perdana akan menyebabkan kredibiliti mereka menurun di kaca mata penerima maklumat.

6.6. Hak media massa membuat laporan secara bebas dan secara bertanggungjawab adalah asas masyarakat madani dan demokrasi.

6.7. Sehubung dengan ini, saya meminta Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi supaya menjawab di Parlimen bahawa kenapa program siri dokumantasi “Living in Malaysia” yang disiarkan di Astro AEC telah dihentikan sejak minggu lepas tanpa alasan diberi. Juga apa alasan Kementerian tersebut berkenaan pembatalan siaran langsung pembahasan diantara calon-calon timbalan presiden MCA di NTV7.

6.8. Sikap tidak bertoleransi dan tidak menghormati hak asasi manusia untuk bersuara adalah dikesali.

7. Skandal Entellium

7.1. Saya meminta Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Multimedia Development Corp Sdn Bhd (MDeC) dan Malaysian Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) supaya menjawab skandal Entellium kepada Dewan yang mulia ini.

7.2. Dua minggu yang lalu, CEO Entellium Paul Thomas Johnson dan CFO Parrish L Jones telah ditangkap oleh FBI Amerika Syarikat dan dituduh di mahkamah kerana memberi maklumat palsu berkenaan pendapatan syarikat tersebut.

7.3. Syarikat Entellium itu ditubuhkan di Malaysia bebrapa tahun sebelum ini. Bulan June ini, Entellium telah diberikan pinjaman US 2 juta oleh Malaysian Venture Capital Management Bhd dan MDeC memberikannya gran sebanyak RM 7.5 juta dibawah Malaysia Star Grant untuk R&D.

7.4. Kenapa masalah-masalah dalaman Entellium tidak disyaki sebelum ini oleh pihak berkuasa di Malaysia? Siapa dalam Kementerian, MDeC dan Mavcap akan mengakui tanggungjawab didalam skandal ini.

8. Pembelian Pertahanan

8.1. Memandangkan kontroversi Eurocopter terkini ini, sudah tiba masanya pembelian pertahanan diteliti oleh parlimen atau parliamentary scrutiny bagi memastikan proses akauntabiliti dilaksanakan.

8.2. Menurut kajian Bank Dunia, 15 peratus daripada nilai pemerolehan pertahanan di seluruh dunia berarah kepada beberapa bentuk rasuah kerana bidang ini adalah paling dirahsiakan.

8.3. Karajaan kita biasanya tidak memberikan sebarang maklumat berkanaan pembelian pertahanan di atas alasan rahsia negara. Namum kontrak pertahanan biasanya terlibat nilai yang astronomical dan sehalusnya diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

8.4. Saya sering menggesa agar parlimen dimaklum mengenai pembelian pertahanan dan saya telah pun mengusulkan (usul ke-36 dalam kertas Aturan Urusan Mesyarat) perkara ini kepada Dewan Rakyat semasa persidangan lalu dan ini bahawa kontrak pertahanan yang bernilai RM 100 juta ke atas dibentangkan kepada Parlimen atau jawatankuasa ditubuhnya dan juga diteliti oleh Ketua Audit Negara.

9. Isu Sebenar Kemelut Ekonomi

9.1. Sebulan selepas krisis kewangan global, akhirnya kita mendengar respon daripada YAB Menteri Kewangan tetapi sungguh menghampakan.

9.2. Sistem kewangan dunia berhadapan dengan kejatuhan yang dikatakan terburuk sejak 1929, dengan keruntuhan sektor perbankan dan kemelesetan ekonomi di hampir kesemua kuasa ekonomi utama – yang mewakili 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar global.

9.3. Lantas menjadi kewajipan kepada mana-mana kerajaan untuk membuat kenyataan balas secepat mugkin dan efektif bagi meringankan kesan-kesan akibat daripada krisis.

9.4. Apabila negara-negara lain di dunia mendapat kesan daripada krisis dan kesan tersebut diperbincangkan dengan mendalam tiap-tiap hari, di negari kita dan bagi pemimpin kerajaan Barisan Nasional, tiada krisis ekonomi macam Malaysia boleh berkecuali dalam hal ehwal ekonomi dunia.

9.5. Hanya satu indeks yang relevan di Malaysia sekarang, iaitu indeks pencalonan pemilihan pimpinan UMNO.

9.6. Pihak Pakatan Rakyat telah sering kali menyeru Menteri Kewangan supaya Bajet ini dikaji semula supaya mengambilkira perkembangan terkini; terutamanya kejatuhan harga minyak yang mewakili 46 peratus daripada hasil dijangka dalam Bajet yang dibentang hampir dua bulan lalu oleh bekas Menteri Kewangan.

9.7. Tetapi, sebaliknya kerajaan bertindak seolah-olah tidak berlaku sebarang krisis maka tidak diperlukan sebarang respon.

9.8. Mujur bank-bank di Malaysia masih belum terdedah kepada krisis perbankan antarabangsa tetapi kita mesti sedar bahawa tidak ada sesiapa yang terkecuali daripada krisis ekonomi dunia ini.

9.9. Sedekad telah berlalu sejak krisis 1997/98, tetapi masalah yang menyumbang kepada krisis pada waktu itu – kronisme, korupsi dan nepotisme – masih tidak ditanggani malah telah merebak. Kesan daripada itu, kos dalam mentadbir kerajaan persekutuan pada tahun 2009 meningkat tiga kali ganda berbanding dengan perbelanjaan 1998. Bajet terakhir Ahli Pematang Pauh sebagai Menteri Kewangan hanya berjumlah RM68 billion malah perbelanjaan bajet dijangka RM207 billion.

9.10. Kualiti dan kesediaan “public goods” seperti pendidikan, perumahan awam, kesihatan awam, pencegahan jenayah, kesemuanya telah merosot. Pada masa yang sama childcare dan aged care beserta dengan pengangkutan awam hampir tidak wujud sama sekali; bagi kelas miskin dan kelas pertengahan, mereka hanya dapat pilih sama ada mereka berhadapan dengan penurunan dalam keadaan hidup atau pun kos yang meningkat dalam mengekalkan gaya hidup yang memadai.

9.11. 57.8 peratus daripada keluarga negara yang berjumlah 5.8 juta hidup dengan pendapatan bulanan di bawah RM3,000 termasuk 8.6 peratus keluaraga yang berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan. Inflasi yang sedang melonjak, krisis yang melanda telah menghentam mereka dengan agak teruk.

9.12. Cabaran-cabaran yang kita hadapi sekarang ialah bagi memastikan terdapat makanan yang cukup kepada hampir 60 peratus keluarga di negara kita yang pendapatan bulanan yang kurang daripada RM 3 ribu,dan memastikan kualiti hidup mereka tidak lagi terus-menerus tersungkur.

9.13. Di dalam konteks ini, kemasukan modal RM5 billion ke dalam Valuecap Sdn Bhd yang berkontroversi ini tidak akan menyelamatkan warga negara yang memerlukan bantuan. Sumbangan tersebut amat kecil dalam merangsangkan bursa saham bagi melepaskan diri daripada cengkaman tekanan antarabangsa. Tindakan ini mungkin menakibatkan “good money chase after bad money”, dan manambahkan kerugian keatas dana awam.

9.14. Apa yang lebih penting lagi ialah, kalau berpandukan perkataan yang digunakan Amerika Syarikat; Main Street lebih mustahak bukannya Wall Street.

10. Kontrak kerajaan

10.1. Baru-baru ini Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail telah menyuarakan pendapat beliau bahawa kontrak-kontrak tidak sehalusnya dikendalikan oleh ketua-ketua bahagian UMNO.

10.2. Menurut Tengku Rithauddeen, kalau cara ini dibatalkan, politik wang di dalam UMNO akan tetap berkurang.

10.3. Saya harap pandangan ikhas bekas menteri tersebut akan diterima oleh pimpinan UMNO dan Kerajaan kalau keinginan untuk menangani isu politik wang.

10.4. Sehubung ini, saya ingin memertik ucapan seorang tokoh berkenaan kontrak UMNO.

“Dalam tahun 1992, bilangan kontraktor bumiputera berjumlah 2,049 meningkat kepada lebih 46,000 dalam tahun 2005, peningkatan lebih 2,000 % (dua ribu peratus) dalam tempoh 13 tahun. Hampir kesemua kontraktor ini mengharapkan kontrak kerajaan.

“Nyatalah dalam sektor binaan, bekalan perkhidmatan telah jauh mengatasi permintaan. Terlalu ramai pemain berada dalam padang permainan yang semakin kecil. Dalam tahun 2000, kerajaan terpaksa melancarkan projek ‘pre-emptive’, meluluskan peruntukan 3 juta ringgit bagi setiap kawasan Parlimen bagi membantu ‘survival’ kontraktor ‘kelas F’. ….Kerajaan tidak akan dapat selama-lamanya berperanan sebagai ‘Santa Claus’, menganugerahkan pemberian sepanjang musim.”

10.5. Ucapan yang dipetik ini adalah ucapan dasar presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2005. Walaupun masalah kontrak UMNO telah lama dikesankan tetapi malangnya tidak ada pemimpin yang berani untuk memreformasikan masalah ini. Maka masalah politik wang dan kronisma tidak hilang dari bumi tanah UMNO.

Sekian, terima kasih.


* Liew Chin Tong, Setiausaha Biro Antarabangsa DAP & Ahli Parlimen Bukit Bendera Charles Santiago, MP for Klang