http://dapmalaysia.org 
  Speech (4) by Lim Kit Siang on the 2009 Budget in Parliament on Tuesday, 14th October 2008: 

Salahlaku Ketua Polis Negara

1. Sewaan Helikopter. Pada pertengahan tahun 2007, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 34 buah helikopter daripada syarikat Asiacopter selama 30 tahun. Anggaran kos penyewaan ini ialah RM20 billion. Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dan mencukupi untuk kegunaan PDRM.

Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 34 buah helikopter daripada Asiacopter Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja? Apakah perlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM20 billion untuk menyewa 34 buah helikopter ini? Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 34 buah helikopter? Kenapakah pihak KPN bersungguh-sungguh dengan projek ini sehingga menghantar surat bertarikh 12hb Febrari 2007 terus kepada Menteri Kewangan 2 untuk memohon kelulusan rundingan terus untuk perlaksanaan projek ini.

Kita bernasib baik, selepas pilihanraya umum yang lalu, menteri KDN telah bertukar dan telah mengemukakan cadangan tersebut ke kabinet dan kabinet telah menolaknya dalam bulai Mei yang lalu. Sekali lagi, kami dimaklumkan bahawa KPN tanpa segan silu telah menulis surat secara terus kepada Perdana Menteri untuk membuat pembelian helikopter sebanyak 8 unit ini secara rundingan terus dengan syarikat Asiacopter. Untuk makluman, pembelian helikopter 8 unit ini telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal RMK9 oleh pihak EPU dengan anggaran kos RM272 juta tetapi cadangan syarikat Asiakopter yang disokong oleh KPN mencadangkan harga RM350 juta.

2. “E-Police Force Solution” merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. Kertas cadangan perlaksanaan projek ini bernilai RM4.2 billion. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.

Tan Sri Yang Di Pertua, saya tidak ada masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak faham dalam urusniaga ini ialah:

i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh menghantar memohon dikeluarkan surat ‘letter of intent’ dan ‘letter of award’ kepada syarikat Web Power Sdn Bhd terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang, Ketua Polis Negara terus ‘bypass’ Ketua Setiausaha Kementerian dan memohon dikeluarkan surat “letter of intent”nya terus kepada Perdana Menteri. Kenapakah ini berlaku? Kita dapati pihak KPN telah melanggar ‘standard operating procedure (SOP)” iaitu “go direct to minister by-pass your immediate boss (KSU)”

ii) Kertas cadangan “E-Police Force Solution” dikemukakan oleh WebPower Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli “E-Police Force Solution” daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh bekas seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis yang juga bekas seorang Pengarah 3 bintang PDRM? Kenapa beliau boleh bersetuju dengan harga yang ditawarkan iaitu RM4.2B?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri boleh memberitahu dewan yang mulia ini, penjelasan hubungan KPN dengan syarikat Asiacopter dan WebPower Sdn Bhd . ini adalah penting untuk rakyat mengetahui mengapa seorang KPN terlibat secara langsung dengan aktiviti perniagaan sedangkan sekarang ini:

1. Index jenayah berat makin meningkat dan banyak kes-kes serius yang berprofail tinggi tidak dapat diselesaikan seperti kehilangan cip komputer di Pulau Pinang, pembunuhan kejam adik Sharlinie, pembunuhan pemimpin politik di Johor dan lain-lain lagi.

2. Kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dikalangan pegawai kanan dan anggota polis makin meningkat. Banyak kes yang tergantung tanpa tindakan seperti kes tatatertib Pengarah Logistik PDRM hingga kini senyap tanpa tindakan sedangkan kes tersebut telah menjadi buah mulut dikalangan pasukan PDRM dan orang ramai. Adakah kerana Pengarah tersebut orang kepercayaan KPN maka tindakan tidak boleh diambil??? Dimana intergriti pasukan PDRM???

3. 2 Kenyataan akhbar beliau dalam akhbar pada bulan ogos dahulu juga (berkaitan penglibatan sebuah syarikat IT dengan negara Israel dan pembelian helikopter untuk kegunaan PDRM) amat memalukan kerana kedua-dua kenyatan akhbar beliau itu telah dinafikan kebenarannya oleh Menteri Dalam Negeri. Bagaimana perkara ini boleh berlaku???

4. Penglibatan KPN dengan sindiket judi dan kongsi Gelap. Sehingga kini pihak KPN tidak pernah mengambil tindakan yang bersungguh-sungguh tentang hubungkait beliau dengan kumpulan tersebut yang diketuai oleh BK Tan dan Goh Cheng Poh (dikenali sebagai Tengku Goh). Ia tidak sepertimana tindakan saman beliau kepada Datuk Sen Anwar Ibrahim yang dituduh menfitnahnya. Tetapi dalam kes ini, walaupun Raja Petra telah membongkar cerita ini sejak tahun 2007, hingga kini tiada apa-apa tindakan yang diambil. Apakah tuduhan-tuduhan ini benar?

Dengan contoh dua perkara tersebut kami dapati KPN telah tidak menjalankan tugasnya dengan bersungguh-sungguh dan kelihatan beliau hilang keupayaan melaksanakan tugas dan amat jelas kelihatan beliau seorang yang ‘bangkrap idea’ untuk bertugas sebagai KPN. Sebagai seorang penjawat awam beliau tidak sepatutnya terlibat dengan perniagaan malah patut menumpukan dengan tugas hakiki beliau. Oleh itu, saya mencadangkan demi integriti dan keselamatan negara ini adalah dicadangkan KPN meletakkan jawatan secara SERTA MERTA!!!


* Lim Kit Siang,  DAP Parliamentary leader & MP for Ipoh Timor