red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

News Flash by Penang State Government in Georgetown on Thursday, 2nd April 2009:

Tunku Abdul Aziz dicalonkan sebagai Ahli Dewan Negara

Kerajaan Pulau Pinang akan mengemukakan Naib Pengerusi Kebangsaan Parti DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim dan bekas Pengerusi Pulau Pinang Parti Keadilan Rakyat Dr Mansor Othman dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada sesi Dewan Undangan Negeri yang akan datang.

Kekosongan ini timbul dari tempoh tamat perkhidmatan Dato' Omar bin Hj Faudzar dan Dato' Gooi Hoe Hin pada 30 Mei 2009.

Tunku Abdul Aziz merupakan bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International (TI). Beliau seorang tokoh aktivis Melayu berprofil tinggi dalam bidang kempen ketelusan dan integriti. Beliau dilantik sebagai naib pengerusi parti DAP pada Ogos 2008.


* Penang State Government

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional