red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Ahmad Ton di bilik gerakan DAP bagi Pilihanraya Kecil kawasan Parlimen P.059 Bukit Gantangin pada Jumaat, 3 April 2009:

DAP bercadang supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membuat siasatan dan membersihkan segala tuduhan ke atas Perdana Menteri yang baru mengangkat sumpah dan membawa imej bukan sendirinya dan juga seluruh negara

DAP bercadang supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membuat siasatan dan membersihkan segala tuduhan ke atas Perdana Menteri yang baru mengangkat sumpah dan membawa imej bukan sendirinya dan juga seluruh negara

Walaupun polis cuba menghalang parti-parti politik daripada menyebut kes pembunuhan gadis Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam ceramah pada pilihraya kecil di kawasan Parlimen Bukit Gantang, tetapi banyak soalan akan terus menimbul dalam hati rakyat Malaysia.

Saya berasa amat menyesal kerana rakyat tidak menyambut kehadiran Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri keenam, tuduhan tentang penglibatan beliau dalam kes pembunuhan telah membayangkan satu imej “negatif” kepada seluruh dunia.

Najib selaku PM mengundang banyak persepsi di kalangan rakyat kerana sehingga kini tiada usaha untuk membersihkannya secara perundangan. Beliau juga dilaporkan oleh beberapa akhbar asing mengenai imej negatifnya, tetapi hingga kini PM yang baru itu tidak bertindak menyaman tujuh akhbar asing itu.

DAP bercadang supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk membuat siasatan dan membersihkan segala tuduhan ke atas Perdana Menteri yang baru mengangkat sumpah dan membawa imej bukan sendirinya dan juga seluruh negara.


* Ahmad Ton, Ahli Jawatankuasa Kebangsaan DAP

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional