red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada Sabtu, 4 April 2009:

M. Manoharan harus dilepaskan bersama-sama dengan tahanan ISA yang lain

Perdana Menteri baru Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan perlepasan 13 orang tahanan ISA daripada Kem Tahanan Kamunting. Antara mereka yang dilepaskan ialah dua orang aktivis Hindraf, R. Kengdharan dan V. Ganabatirau.

Saya menyifatkan tindakan ini hanya merupakan satu sandiwara kerana kerajaan harus melepaskan semua tahanan yang masih ditahan di dalam Kamunting di bawah ISA sebagai langkah pertama jikalau kerajaan serious dalam memulihkan hak asasi rakyat di bawah pentadbiran beliau.

Saya tidak memahami logic kerajaan pusat dalam perbuatan ini apabila nama YB M. Manoharan, ADUN DAP untuk kawasan Kota Alam Shah, Klang tidak disebut sebagai salah seorang aktivis yang akan dibebaskan.

Pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, YB M. Manoharan telah bertanding di kawasan DUN Kota Alam Shah, Klang dan menang dengan majoriti sebanyak 7,184 undi biarpun beliau masih ditahan di Kamunting di bawah ISA dan tidak dapat berkempen sendiri.

Kejayaan besar yang dicapai oleh beliau bukan sahaja satu kejayaan yang besar untuk DAP dan beliau sendiri, malahan ianya juga merupakan satu mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa kerajaan tidak boleh terus menahan mereka yang tidak bersalah tanpa perbicaraan melalui ISA, khususnya dalam kes Sdr M. Manoharan ini.

Jikalau kerajaan pusat serious untuk mengikis persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan pusat sebagai kerajaan yang menekan hak rakyat, maka kerajaan pusat harus melepaskan semua tahanan ISA khususnya YB M. Manoharan yang merupakan seorang wakil rakyat.

Saya tidak menampak sebarang untuk kerajaan pusat terus menahan beliau di bawah ISA ini melainkan kerajaan masih ada kebimbangan tertentu sebelum YB M. Manoharan dapat dibebaskan.

Selagi kerajaan pusat tidak berbuat demikian, rakyat belum dapat meraikan kemenangan sepenuhnya terhadap akta ISA.


* Lau Weng San, DAP Selangor Secretary & ADUN for Kampung Tunku

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional