Kenyataan Akhbar oleh Phee Boon Poh pada satu sidang akhbar yang diadakan di DUN Pulau Pinang pada Selasa, 14 April 2009: Dialog Hari Bumi Sedunia 2009 "Beg plastik: Memudahkan atau memudaratkan?" Sempena dengan sambutan Hari Bumi Sedunia pada 22hb April 2009, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan satu dialog antara NGOs, pembuat beg plastik dan orang ramai bertajuk: ”Beg Plastik: Memudahkan atau Memudaratkan (Plastic Bags: To Ban, or Not To Ban? )” pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Dialog ini adalah sebahagian aktiviti daripada Karnival Hari Bumi Sedunia 2009. Penceramah utama dan topik dialog termasuklah: (1) “Waste Management and Recycling of Plastics in Malaysia” oleh Encik Lim Kok Boon , Chairman of MPF/ President of Malaysia Plastics Manufacturers Association(MPMA); (2) “To totally ban the giving out of plastic carry bags at all supermarket check out counters. ” oleh Don Theseira, 3Rs kommuniti (3) “Choosing a greener lifestyle” oleh Prof Madya Lee Lik Meng, Penyelaras Kampus Sejahtera USM (4) “Health and Environmental Effects of Plastic Bags” oleh Ms Hatijah Hashim, Penyelidik CAP Tujuan utama dialog ini adalah untuk memberi rakyat Pulau Pinang satu ruang supaya menyuarakan pandangan sendiri tentang polisi jangka panjang untuk mengurangkan dan menghadkan penggunaan beg plastik untuk mencegah kemerosotan alam sekitar. Ini adalah selari dengan visi YAB Ketua Menteri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai satu bandaraya antarabangsa (international city) yang akan menjadi tempat pilihan pelabur-pelabur, destinasi pilihan pelancong-pelancong dan tempat kediaman bagi mereka yang menginginkan kehidupan lestari dan mampan. Inisiatif seperti menghadkan penggunaan beg plastik walaupun satu langkah kecil tetapi ianya amat penting ke arah mencapai agenda hijau. Dialog tersebut juga dirancangkan sebagai satu langkah proses perundingan(consultation) orang ramai, kesedaran dan pendidikan orang ramai tentang impak penggunaan beg plastik yang terlampau. Pereputan beg plastik dijangka mengambil masa 1000 tahun. Pembuangan beg-beg plastik yang tidak bertanggungjawab telah menwujudkan banyak masalah alam sekitar. Di samping itu, kadar kitar semula beg plastik adalah rendah disebabkan oleh kekurangan kecekapan atau kesulitan dalam sistem kitar semula masa kini atau tidak dipandang berat oleh konsumer secara amnya. Dialog ini telah mendapat sambutan hangat daripada pihak orang ramai. Penaja-penaja dan sektor swasta yang membantu bagi melancarkan dialog ini termasuk : MPMA, SUNSHINE, Giant, TESCO, GAMA, PACIFIC, JUSCO, D.Playground Events, Tzu Chi dan lain-lain. Peserta yang menyertai dialog ini akan mendapat sebuah cenderahati, para peserta juga berpeluang menikmati pameran kecil yang disediakan oleh penceramah masing-masing. Dialog ini akan dirasmikan oleh YAB Tuan YAB Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Kami berharap orang ramai dapat menyokong dan menghadiri dialog yang bermakna ini. Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi Cik Thing (04-6505112). Orang ramai yang tidak dapat menghadiri dialog ini juga boleh mengemukakan pandangan atau cadangan kepada kerajaan melalui emel: [email protected], sila tinggalkan nama penuh, nombor telefon dan alamat untuk pihak kami hubungi. * Phee Boon Poh, Pengerusi, JawatanKuasa MMK Kesihatan,Kebajikan & Masyarakat Penyayang, Alam Sekitar P.Pinang & DAP ADUN for Sungai Puyu
|