red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada Jumaat, 17 April 2009:

Kenyataan Khir Toyo bersifat nakal

Kenyataan Khir Toyo bahawa beliau berterima kasih kepada keputusan Kerajaan Selangor untuk mengekalkan jawatan YB Elizabeth Wong sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan serta berjanji akan mengeksploitasi isu tersebut merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan nakal (mischievous)

Daripada mengeksploitasi isu-isu yang tiada kaitan dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan tugas awam, Khir Toyo harus memberi lebih perhatian peranannya sebagai Ketua Pembangkang demi mengimbangi dan memantau perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

Buat sementara waktu, prestasi Khir Toyo sendiri sebagai Ketua Pembangkang adalah amat mengecewakan. Bahkan kehadiran beliau dalam persidangan DUN Selangor amat mengecewakan.

Khir Toyo mungkin juga tidak mengetahui bahawa ADUN BN untuk Taman Templer, YB Datuk Subahan Kamal juga pernah membangkitkan perkara ini dalam sidang DUN dan beliau mempunyai pendapat yang amat berbeza dengan Khir Toyo.

Kalau dalam BN sendiri pun mempunyai pendapat yang berbeza, apa gunanya Khir Toyo mewar-warkan bahawa beliau akan mengeksploitasi isu ini? Bukankah lebih baik untuk beliau menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap kerja-kerja pemantauan pentadbiran kerajaan Selangor?


* Lau Weng San, DAP Selangor Secretary & ADUN Kampung Tunku

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional