red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Lim Guan Eng di Georgetown pada Ahad, 5 April 2009: 

Kerajaan Negeri akan mengumumkan kepada orang awam laporan siasatan oleh YB Law Choo Kiang ke atas pembayaran royalti dikurang laporkan yang menyebabkan kehilangan hasil kerajaan  

Kerajaan Negeri akan mengumumkan kepada orang awam laporan siasatan oleh Ahli EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Law Choo Kiang ke atas pembayaran royalti dikurang laporkan yang menyebabkan kehilangan hasil kerajaan. Perkiraan pembayaran royalti RM3 setiap meter cubik tanah merah atau batuan yang digali selalu didakwa jauh berkurangan dengan apa yang sepatutnya diterima oleh kerajaan negeri.

Untuk membantu siasatan, mesyuarat Jawatankuasa Tanah Negeri pada 30 Mac 2009 telah memutuskan 3 buah syarikat kuari di Daerah Seberang Perai Tengah akan dibekukan semua bentuk operasi berkuatkuasa 31 Mac 2009 sehingga siasatan selesai. 3 syarikat yang dibekukan operasi untuk membantu ini ada Kuad Sdn Bhd, Batu Tiga Quarry Sdn Bhd dan Saw Chong Teok Quarry Sdn Bhd.

Perlu ditegaskan bahawa pembekuan 3 buah syarikat tidak semestinya bermakna mereka terlibat dalam aktiviti “Under Declaration of Royalty”. Kalau perlu pembekuan operasi kuari akan dikenakan kepada syarikat kuari lain. YB Law Choo Kiang juga akan menyiasat satu kes yang melibatkan kadar royalti tanah merah & bahan batuan yang dikurangkan daripada RM3 kepada RM1 per meter kubik.

Pengumuman kepada awam laporan siasatan kerajaan negeri adalah dibuat dengan sendirinya oleh kerajaan negeri tanpa desakan mana-mana pihak, selaras dengan sistem urustadbir CAT – Cekap Akauntable dan Telus. YB Law dijangka perlukan 2 minggu untuk selesaikan siasatan ini.


* Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional