red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar oleh Ean Yong Hian Wah di Shah Alam pada Sabtu, 5hb Dicember 2009:

Biro Tatanegara telah menghala ke tuju yang bertentangan

Sebuah dokumen bertajuk “Erti Kebijaksanaan” yang percaya digunakan oleh Biro Tatanegara sebagai bahan pengajaran telah wujud di rantai web yang beralamat http://www.mediafire.com/?ldzu2imynux baru-baru ini.

Mengikut muka surat pertama dokumen ini, ia jelas mengatakan bahawa ia ditulis ataupun disampaikan oleh bekas Ketua Pengarah Biro Tatanegara Tan Sri Dato' Dr. Nordin bin Kardi dibawah Kursus Kenegaraan.

Saya telah membaca teks ucapan tersebut dan berasa sangat terkejut. Kandungannya bukan sahaja tidak boleh menyatukan semua rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, maka ia akan menimbul kebencian di atara kaum dan merosakkan keharmonian negara.

Kursus Kenegaraan dibawah Biro Tatanegera adalah bertujuan untuk mencapai objektif-objektif berikut:

1. Untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada negara dan kerajaan;

2. Untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;

3. Untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan

4. Untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.

Tetapi malang sekali, Biro Tatanegara telah menghala ke tuju yang bertentangan. Saya telah memetik beberapa ayat untuk membuktikan betapa seriusnya sentimen perkauman dan memurtabalikkan fakta untuk mengelirukan pelajar dan mengakibatkan ketidak senang hati di antara mereka, seperti:

1. ……pemimpim kita akhirnya memilih untuk sanggup memenuhi apa yang disyaratkan oleh British, iaitu dengan cara berkongsi Negara ini dengan kaum-kaum lain yang telah dibawa oleh oleh British sebagai subjek untuk kepentingan ekonomi mereka. Kaum-kaum lain yang bekerja di lombong dan di ladang……

2. Pemimpin kita mengambil keputusan untuk berkongsi negara dengan kaum lain……British terus medesak pemimpin membuktikan yang rakyat Melayu menyokong pendirian mereka ini…….Pemimpin kita telah memberi peruntukan sebanyak 17 kerusi kepada kaum lain untuk bertanding di dalam pilihan raya pada tahun 1955, walaupun kaum lain hanya wajar bertanding di 2 kawasan sahaja……15 kerusi diberi kepada Cina(MCA) dan 2 kerusi kapada India(MIC). Ini adalah satu tindakan yang mungkin pada masa itu dianggap keterlaluan oleh penduduk atau rakyat asal negara ini.

3. PAS parti orang Melayu, adalah satu-satunya parti di luar Perikatan yang tidak bekerjasama tatkala Negara begitu perlu kepada perpaduan rakyat tempatan untuk membolehkan Negara ini mendapat kemerdekaan.

4. Akhirnya kalau tidak ada syarikat-syarikat milik Bumiputera yang memiliki saiz seperti yang dinyatakan tadi, kita tidak boleh mengharapkan orang lain untuk menyerapkan kaum Bumiputera di syarikat mereka.

Topik yang dibincang juga merangkumi ketidak seimbang di dalam bidang ekonomi dan pelajaran, tujuannya ialah untuk menciptakan satu fenomena yang tidak keyakinan dan berasa bimbang atas status kaum Melayu.

Saya berasa amat bimbang kerana banyak pelajar telah mengambil kursus ini dan ia akan memberi impak yang besar kepada mereka diri sendiri dan juga sosial.

Saya juga berpendapat bahawa Biro Tatanegara merupakan salah satu penentang utama kepada negara kita untuk menyatukan rakyat Malaysia. Ini adalah apa yang mahu dilihat oleh Barisan Nasional terutamanya parti perkauman seperti UMNO yang tidak bertanggung jawab itu.

Kesimpulannya, saya ingin mendesak kerajaan pusat untuk menghapuskan Biro Tatanegara demi perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia.


* Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor & Exco Kerajaan Negeri Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional