red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Ucapan oleh Tunku Abdul Aziz di Dewan Negara pada Selasa, 22hb Disember 2009:

Ucapan Dewan Negara - Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008 (Tunku Abdul Aziz)

Tuan yang Dipertua,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan atas usaha dalam menjalankan reformasi dalam system kehakiman yang tidak menampakkan peningkatannya di Negara ini.

Sudah tiba masanya untuk hakim-hakim di mahkamah kita diterapkan dengan sifat-sifat beretika dengan bermulanya penguatkuasaan rang undang-undang ini.

Hakim sering menggunakan kuasanya dalam menghukum peguam yang kononnya telah menghina mahkamah. Terdapat kes di mana kesalahan peguam yang tidak seberapa juga dikenakan tindakan atas hina mahkamah.

Tuan Yang Dipertua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengimbas kembali kes pada 5 September 2000 di antara Zainur Zakaria melawan Pendakwaraya. Segalanya bermula dengan perbicaraan kes Anwar Ibrahim (Datuk Seri) pada 2 November 1998. Pada 28 November 1998 Anwar (melalui peguamnya) memohon untuk mengusir dua daripada pendakwaraya.

Hakim telah mempertikaikan di dalam penhujahan peguam di mana di dalam affidavit yang menunjukkan terdapatnya permohonan untuk mengada-adakan bukti.

Setelah beberapa persoalan mengenai perkara yang kecil, Hakim membuat keputusan bahawa Zainur telah menghina mahkamah.

Hakim telah menjatuhkan tiga bulan penjara kepada Zainur Zakaria akibat daripada perdebatan itu.

Di dalam kes seumpama ini, kita mempersoalkan isu etika dalam sikap hakim dalam membicarakan sesuatu kes.

Di dalam kes-kes normal dan seharian, hakim juga boleh sewenang-wenangnya membaling fail yang tidak disukainya di dalam kamar (ketika sedang dalam perbicaraan) dan hakim juga pernah membatalkan sesuatu perbicaraan kes hanya apabila peguam terlamat 10 minit kerana tersekat di dalam kesesakan lalulintas atau kemalamgam tanpa mahu berkompromi.

Yang Dipertua,

Saya ingin memperincikan beberapa perkara di dalam SUruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atau SIAP.

Pertamanya, perlantikan pesuruhjaya di dalam SIAP termasuk Pengerusi dan Timbalan pengerusinya yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Berlainan dengan IPCMC, pengerusi dan timbalannya mestilah dari kalangan mereka yang mempunyai tempoh perkhidmatan dalam bidang perundangan Persekutuan atau Negeri sekurang-kurangnya 10 tahun.

Saya kira, satu garis panduan perlu diberikan dalam akta ini agar Perdana Menteri mempunyai satu panduan mereka-mereka yang akan dilantik untuk menerajui Suruhanjaya ni dan menasihati Yang Dipertuan Agong.

Perlantikan ini adalah mustahak dalam mengenalpasti pesuruhjaya kerana SIAP ini diberikan kuasa siasatan lebih daripada suruhanjaya-suruhanjaya lain.

Tuan Yang Dipertua,

Saya juga ingin mengambil kesempatan dengan menyatakan di sini bahawa Malaysia mempunyai sebuah sistem perundangan yang ‘mimilih bulu’. Perdana Menteri menyatakankepentingan tentang reformasi sistem kehakiman tetapi tidak berupaya melaksanakannya.

Di dalam satu kes peguam VK Lingam yang dekat dengan saya, Peguam Negara memberitahu bahawa kes tersebut tidak dapat dibuktikan sungguhpun terdapat rakaman video yang jelas menunjukkan terdapat percaturan di dalam hakim-hakim.

Di dalam kes yang sama, bukankah gambar-gambar peguam yang bercuti dengan hakim di luar Negara tidak cukup bukti?

Kerajaan membiarkan ‘ikan-ikan jerung’ berleluasa. Bagi menunjukkan kepada rakyat, ‘ikan-ikan bilis’ dijadikan mangsa.

Bercakap mengenai kuasa siasatan, sungguhpun kuasa diberikan, namun perlu diteliti tahap kuasa pendakwaan yang diberikan kepada SIAP ini.

Seperti Suhakam, SIAP hanya boleh menjalankan inkuri yang kemudiannya, hasil daripada siasatan akan diserahkan dan diberikan cadangan kepada Peguam Negara bagi tujuan pendakwaan. SIAP boleh membentangkan ratusan kes dalam penyalahgunaan dan sikap tidak berintegriti namun sekiranya Peguam Negara tidak melakukan apa-apa terutama sekali sekiranya kita mempunyai Peguam Negara yang mempunyai kepentingan tertentu, maka penjenayah tersebut akan tetap berleluasa.

Kredibiliti SIAP ini akan menjadi tidak ada bezanya dengan MACC yang jelas dalam siasatan yang mereka lakukan amat bersikap berat sebelah.

Seharusnya, SIAP perlu diberi kuasa pendakwaan dan mampu untuk membawa kes pendakwaan ke mahkamah.

Saya juga ingin mencadangkan agar SIAP juga diberi kuasa untuk mengarahkan pegawai-pegawai atau mana-mana yang didapati bersalah untuk dibekukan gaji mereka, dibekukan jawatan atau dipecat sahaja daripada memegang jawatan yang dipegang pada waktu itu.

Ini yang saya katakan kuasa dengan taring. Jadikan SIAP sebuah badan suruhanjaya yang benar-benar bersifat sebagai sebuah badan berwibawa, bersih dan benar-benar menakutkan sesiapa yang cuba melakukan jenayah khususnya badan kepolisian yang ternyata sudah jatuh tahap kehormatan orang ramai.

Jadikan SIAP sebagai contoh sebuah badan yang berintegriti sebelum mereka menjalankan tugas utama mereka. Belajar daripada kesilapan SPRM di mana Pengerusi mereka sendiri didapati melakukan rasuah.

Yang Dipertua,

Saya kira akta yang digubal ini tidak akan berguna sekiranya tidak ada penguatkuasaan dijalankan dengan serius oleh pihak berwajib.

Sekian, terima kasih.


* Tunku Abdul Aziz, Naib Pengerusi DAP & Senator

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional