red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Pejabat Exco Selangor di Shah Alam pada Rabu, 9hb Disember 2009:

Lim Swee Kuan dilantik sebagai Setiausaha Politik Exco Selangor

Bekas Pegawai Khas kepada Ketua Parlimen DAP YB Lim Kit Siang, Lim Swee Kuan telah dilantik sebagai Setiausaha Politik saya.

Saya mengalu-alukan Lim Swee Kuan menyertai anggota Kerajaan Selangor, dan saya berharap bahawa beliau dapat berusaha sedaya-upaya untuk memperkukuhkan dasar dan prestasi Kerajaan Selangor, serta berkhidmat untuk masyarakat.

Saya percaya, dengan pengalaman pekerjaan selama 3 tahun di Ibu Pejabat DAP, beliau dapat menyesuaikan diri dalam suasana tempat pekerjaan yang baru secepat mungkin, dan membantu saya dalam urusan-urusan politik dan penyelarasan media, serta menangani permohonan dana/sumbangan kerajaan.

Lim Swee Kuan pernah bertugas sebagai penolong penyunting berita bagi suratkhabar parti DAP ‘Roket’ dan Setiausaha Akhbar kepada Setiausaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng, dan kemudiannya menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Parlimen DAP YB Lim Kit Siang selepas Tsunami Politik 308 tahun lepas.

Beliau kini merupakan Setiausaha Publisiti Pemuda DAP (DAPSY) Selangor, Naib Pengerusi DAPSY Petaling Jaya Utara dan juga Naib Pengerusi DAP Cawangan SS2, Petaling Jaya.


* Ean Yong Hian Wah, EXCO Kerajaan Negeri Selangor & Pengerusi DAP Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional