red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar oleh Lim Guan Eng di George Town pada hari Khamis, 17hb Dicember 2009: 

Pemberian tambahan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2009 berjumlah RM250.00 kepada Pegawai Perkhidmatan Awam di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang 

Sebelum ini, Kerajaan Negeri telahpun bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan sebanyak RM500.00 kepada Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54 sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 24 Tahun 2009 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2009 mengenai Bantuan Khas Kewangan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan. Bantuan Khas Kewangan tersebut adalah sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri kepada sumbangan anggota perkhidmatan awam dibawah Pentadbiran Negeri. Jumlah keseluruhan peruntukan adalah sebanyak RM1,649,500.00 (3299 X RM500) bagi Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan sebanyak RM119,500.00 bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang sangat perihatin dan menghargai sumbangan perkhidmatan anggota Pentadbiran Awam di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam usaha untuk memacu Negeri Pulau Pinang untuk mencapai aspirasi menjadi sebuah Negeri bertaraf antarabangsa. Justeru, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 16 Disember 2009 telah bersetuju untuk memberikan tambahan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.00 bagi kedua-dua Kumpulan iaitu Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54. Jumlah peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM824,750.00 (3299 X RM250.00) bagi Kumpulan Perkhidmatan Sokongan dan sebanyak RM59,750.00 (239 X RM250.00) bagi. Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 hingga 54. Jumlah keseluruhan peruntukan tambahan yang diluluskan adalah sebanyak RM884,500.00. Ini akan menjadikan keseluruhan peruntukan BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2009 KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM DI PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG sebanyak RM 2,653,500.

Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri ke atas kebajikan anggota pentadbiran dalam keadaan ekonomi yang gawa. Memang diharapkan semua anggota pentadbiran akan lebih bersemangat dan bermotivasi melaksanakan urustadbir CAT - Cekap, Akauntable, Telus yang boleh memberikan perkhidmatan terbaik dan menjurus ke tanda aras (benchmark) bertaraf antarabangsa. Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri bahawa dengan adanya sumbangan ini ianya akan membantu untuk meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh kumpulan anggota perkhidmatan awam tersebut untuk membuat persediaan menyambut perayaan dan persediaan untuk sesi persekolahan tahun depan.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional