red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Bersama oleh semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang pada hari Jumaat, 6 Februari 2009:

Wakil PR Pulau Pinang mengecam tindakan BN yang membelakangkan prinsip demokrasi

Semua wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menyeru Barisan Nasional (BN) harus memberikan tumpuan bagi menyelamat dan mewujudkan peluang pekerjaan serta merangsangkan pertumbuhan ekonomi Negara, bukannya hanya memfokuskan kepada 'membeli'wakil rakyat Pakatan Rakyat(PR) untuk merampas kuasa secara political coup d'etat dan belukar raya.

1. Semua wakil rakyat PR di Pulau Pinang, mengecam tindakan tiga (3) wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat(PKR) seorang wakil rakyat daripada Democratic Action Party(DAP) di Negeri Perak yang melompat masuk menyokong BN sehingga menyebabkan PR kehilangan majoritinya di Dewan Undangan Negeri Perak. Tindakan ini disifatkan sebagai suatu tindakan khianat kepada budaya demokrasi dan derhaka kepada mandat rakyat untuk PR dalam Pilihanraya Umum 2008.

2. Semua wakil rakyat PR di Pulau Pinang mengecam BN yang membelakangan prinsip demokrasi yang menolak suara rakyat serta menggunakan taktik politik yang kotor dan jijik untuk "membuatkan"empat wakil rakyat PR berpaling tadah.

3. Semua wakil rakyat PR Pulau Pinang mendesak semua pihak di Perak menghormati suara padu dan hasrat bulat rakyat di mana 54% rakyat Perak menolak BN dan memberikan mandat kepada PR merintah Perak dalam Pilihanraya Umum 2008 dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat Perak menentukan nasib dan masa depan mereka.

4. Menuntut satu undang-undang anti-lompat parti digubal agar mandat rakyat dan budaya demokrasi dtegakkan dan dipelihara.

5. Mengecam dan mengutuk keras tindak-tanduk Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang membuka lembaran hitam pemerintahannya sebagai Perdana Menteri dengan manipulasi politik kotor demi mengalihkan perhatian umum ke atas kehilangan sokongan rakyat kepada BN dan beliau dalan Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu serta isu-isu kontroversi yang lain.


* Semua ADUN Pakatan Rakayat Negeri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional