Kenyataan Akhbar oleh Dr. Boo Cheng Hau di Skudai pada Jumaat, 27 Februari 2009: Dr. Boo Cheng Hau's response to Utusan Malaysia on Bumiputeraisme Tujuan saya membangkitkan perbandingan di antara Apartheid dan Penyalahgunaan Bumiputeraism dalam dasar ekonomi adalah untuk menarik perhatian Kerajaan terhadap ketidakpuasan pelabur Dana Johor terhadap harga belian balik satu saham 50sen manakala pelabur Amanah Saham Johor ditawarkan harga belian balik satu unit satu ringgit. Maka layanan berbeza ini boleh dikatakan bersifat “Apartheid” yang memisahkan dua golongan Warga Johor. Seperti yang dikatakan oleh YAB Menteri Besar 49% pelabur Dana Johor adalah Orang Melayu. Oleh itu, tujuan saya adalah mengharapkan Pelabur Dana Johor Melayu ditawarkan harga belian balik saham yang saksama juga jika berbanding dengan Amanah Saham Johor. Tambahnya sesetengah bank menwujudkan dua ladar faedah berasaskan Ahli dan Bukan Ahli. Sebenarnya, keahlian tidak ditawarkan kepada bukan Bumiputera walaupun mereka miskin. Dasar ini bukannya tindkaan afirmatif tetapi lebih bercorak Apartheid. Apartheid adalah ditafsirkan sebagai “separate development” (Pembangunan Berasingan) berasaskan, iaitu layanan berbeza dihulurkan kepada warga berasaskan bukan sahaja kaum atau warna kulit tetapi Kebumiputeraan Orang Putih berketurunan Belanda Afrika Selatan. Apartheid bukan sahaja mengasingkan Orang berkulit Hitam dan Putih, tetapi Orang Melayu juga disikriminasi sebab mereka diklaisfikasi sebagai Coloureds berstatus Bukan Bumiputera di bawah pemerintahan Rejim Apartheid. Tegasnya, menurut analisa ahli-ahli sejarah, Apartheid bukan sahaja wujud dari segi fizikal di mana kemudahan awam diasingkan menurut warna kulit tetapi dasar sisioekonomi yang memisah-misahkan berbagai warga negara. Saya membangkitkan isu Bumiputeraisme di bawah Pemerintahan Barisan Nasional adalah kerana Bumiputearsim telah disalahgunakan untuk memperkayakan segelintir Elit Melayu yang berkuasa sahaja dan tidak mendatangkan manfaat sewajarnya untuk semua Anak Melayu sedangkan kita sepatutnya berusaha menwujudkan satu rumpun bangsa Malaysia. Oleh itu, penyalahgunaan konsep Bumiputeraism mendatangkan ketidakadilan, kronisme, nepotisme dan rasuah malahan menyakitkan hati kalangan yang diklasifikasi sebagai Bukan Bumiputera di mana kestiaan mereka sentiasa dipersoalkan. Contohnya, Prof. Dr. Fatimah Daud dari UIAM telah membuat hujah bahawa saya ‘boleh segera keluar dari negara ini dan bermigrasi ke Afrika Selatan untuk merasai sendiri amalan aparteid di sana...kita tidak perlu orang begini di sini. Mereka boleh keluar dari Malaysia dan pergi ke Afrika Selatan atau Amerika:” Sebagai “Bukan Bumiputera”, kesetiaan mereka sentiasa dipersoalkan oleh kalangan segelintir elit Bumiputera seumpama Prof. Fatimah seolah-olah mereka dilahirkan dengan kuasa untuk menghina kesetiaan warga Malaysia berketurunan Tiong Hua dan India di Negara ini. Hujah Prof. Fatimah telah membuktikan Bumiputerasism apabila disalahgunakan boleh menjadi racism dan pemikiran apartheid yang begitu ketara dna amat mengecewakan. Saya tidak berniat memprovokasi bebenciaan terhadap mana-mana pihak termasuk kerajaan Barisan Nasional atau mencetus sentimen perkauman. Tetapi keridadilan dalam apa-apa bentuk jua mesti dibetulkan sama ada dilakukan kepada orang Melayu atau Bukan melayu. Menteri Besar johor Dato’ Abdul Ghani cuba menyamakan Ketuanan Melayu dengan Ketuanan Raja Melayu. Isu Kedaulatan Raja-Raja Melayu tidak pernah timbul dalam ucapan tangguhan saya, sedangkan saya mempercayaai Raja-Raja Melayu bukan sahaja Pelindung Orang Melayu tetapi juga Pelindung Orang-orang bukan Melayu. Raja-Raja Melayu sepatutnya adalah simbol perpaduan bagi semuaAnak Malaysia. Malahan permasalahan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah tertimbul sebab ideologi Bumiputeraism dan ketuanan Melayu merupakan ideoligi parti politik Barisan Nasional. Sekian, terima kasih. * Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor & ADUN Skudai
|