Point of Order yang diusul oleh Tunku Abdul Aziz di Dewan Negara pada Rabu, 8 Julai 2009: Point of Order yang diusul Peraturan Mesyuarat (13) (1) (o): “Urusan-urusan bagi tiap-tiap persidangan mesyuarat hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali jika Majlis Mesyuarat menetapkan aturan lain: (o) Urusan am” Tuan Yang Dipertua Saya merujuk kepada Aturan Mesyuarat yang diusul oleh Menteri Kewangan pada 25 Jun 2009 dan diperbahaskan di Dewan Rakyat. Usul tersebut berkaitan dengan penggunaan bajet akibat daripada penyusunan semula selepas pemindahan kuasa Perdana Menteri yang berkuat kuasa pada 10 April 2009 yang lalu. Menurut Peraturan Majlis Mesyuarat 66A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, tertakluk kepada suatu Rang Undang-Undang Perbekalan yang telah diluluskan mengikut Peraturan Mesyuarat 66, mana-mana penguntukan semula peruntukan perbelanjaan boleh dibuat melalui suatu usul oleh seorang Menteri. Maka sebarang usul yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat perlu dilbawa ke Dewan Negara untuk dibahaskan. Pada usul yang dibawa oleh Menteri Kewangan pada 25 Jun lepas, usul berkaitan dengan Perbelanjaan Mengurus memohon untuk membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion lapan puluh lapan juta dua ratus tiga puluh enam ribu tiga ratus sembilan ringgit (RM1,088,236,309) di bawah Maksud B.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua belas juta satu ratus tujuh puluh ribu empat ratus tiga puluh dua ringgit (RM12,170,432), Maksud B.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak satu bilion lima puluh empat ribu lima ratus ringgit (RM1,000,054,500) Maksud B.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak empat juta tujuh ratus tiga ribu tujuh ratus sembilan puluh dua ringgit (RM4,703,792), Maksud B.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak enam puluh tiga juta lima ratus lapan puluh tujuh ribu lapan ratus lapan puluh lima ringgit (RM63,587,585) dan Maksud B.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tujuh juta tujuh ratus dua puluh ribu ringgit (RM7,720,000); (b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi empat ratus dua puluh sembilan juta sembilan ratus ribu sembilan ratus lapan puluh tujuh ringgit (RM429,900,987) di bawah Maksud B.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud B.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak seratus lapan belas juta enam ratus empat puluh tujuh ribu lima ratus empat puluh tujuh ringgit (RM118,647,547) dan Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak tiga ratus sebelas juta dua ratus lima puluh tiga ribu empat ratus empat puluh ringgit (RM311,253,440); dan (c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi lima juta dua ratus tujuh belas ribu tujuh puluh enam ringgit (RM5,217,076) di bawah Maksud B.26 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud B.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan). 2. Berkaitan dengan Perbelanjaan Pembangunan – (a) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi satu bilion tiga ratus enam puluh enam juta sembilan ratus Sembilan puluh ribu empat ratus dua puluh lapan ringgit (RM1,366,990,428) di bawah Maksud P.26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak enam juta enam ratus ribu ringgit (RM6,600,000), Maksud P.10 Perbendaharaan sebanyak tiga ratus dua puluh lima juta lapan ratus tiga puluh tujuh ribu lapan ratus ringgit (RM325,837,800), Maksud P.21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak dua juta sembilan ratus ribu ringgit (RM2,900,000), Maksud P.22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebanyak enam ratus lapan puluh satu juta dua belas ribu ringgit (RM681,012,000) , Maksud P.24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebanyak dua ratus tujuh puluh empat juta enam ratus tujuh puluh lapan ribu lapan ratus sembilan puluh empat ringgit (RM274,678,894), Maksud P.25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sebanyak tujuh puluh dua juta tiga ratus dua puluh enam ribu satu ratus sembilan puluh lima ringgit (RM72,326,195) dan Maksud P.27 Kementerian Kerja Raya sebanyak tiga juta enam ratus tiga puluh lima ribu lima ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM3,635,539); (b) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi enam ratus tiga puluh tiga juta lima puluh sembilan ribu enam ratus dua puluh empat ringgit (RM633,059,624) di bawah Maksud P.29 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kepada Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan);dan (c) membenarkan pemindahan sejumlah wang tidak melebihi dua ratus sepuluh juta satu ratus dua puluh lima ribu tiga puluh sembilan ringgit (RM210,125,039) di bawah Maksud P.44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kepada Maksud P.06 Jabatan Perdana Menteri sebanyak dua puluh enam juta tujuh puluh sembilan ribu tujuh ratus ringgit (RM26,079,700) dan Maksud P.47 Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Penerangan) sebanyak satu ratus lapan puluh empat juta empat puluh lima ribu tiga ratus tiga puluh sembilan ringgit (RM184,045,339).” Tuan Yang Dipertua, Saya ingin memohon penjelasan mengapa usul tersebut dan usu-usul lain yang diperbicangkan di Dewan Rakyat tidak dibawa ke Dewan Negara untuk diperbahaskan. Saya mohon penjelasan. Tuan Yang Dipertua, Saya telah memeriksa hansard Dewan Negara bertarikh 10 Disember 2008 dan halaman 55 dan hansard Dewan Negara bertarikh 17 Disember 2008 halaman 101-102. Sememangnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan pemindahan wang dan penggunaan peruntukan yang telah diluluskan di dalam Bajet dibahaskan di Dewan Yang Mulia ini. Saya kira, Dewan Yang Mulia ini tidak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan malah ianya juga tidak berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan. Saya mendapati bahawa perkara ini telah menolak tepi Dewan Negara dalam membincangkan usul yang diperbincangkan di Dewan Rakyat. Saya mohon penjelasan. * Tunku Abdul Aziz, Naib Pengerusi DAP & Senator
|