red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Ucapan Lee Ying Ha dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor Penggal ke-2 Sesi kedua tahun 2009 pada Jumaat, 10 Julai 2009:

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009

Tuan Speaker,

Terima Kasih Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009.

1) Memperuntukkan bajet yang cukup untuk Dewan Negeri Selangor supaya Jawatankuasa pilihan khas boleh menjalankan kerja dengan lebih licin

Semasa BN menjadi kerajaan, tidak ada jawatankuasa yang diwujudkan selain daripada jawatan kuasa yang ditetapkan di bawah peraturan tetap. Manakala dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat kita sudah menubuhkan banyak jawatankuasa dan akan memperbanyakkan lagi jawatankuasa tersebut supaya Ahli-ahli dalam jawatankuasa khas dapat memantau dan menambah baik pentadbiran Negeri Selangor.

Jawatan-jawatan kuasa pilihan khas termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pejabat Daerah dan Tanah (JPK-PADAT), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Pihak Berkuasa Tempatan (JPK-PBT), Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JPK-ABAS) dan tidak terlupa jawatankuasa yang paling popular iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT). Keahliannya terdiri daripada ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional, jadi jawatankuasa tersebut dapat dijalankan secara adil dan demokrasi.

Oleh itu kita beranggap bantuan dari segi pakar-pakar contohnya peguam dan auditor amat diperlukan. Saya berharap dalam sesi bajet yang akan datang, bajet untuk menambah bantuan pakar-pakar akan dimasukkan.

2) Menurun kuasa kepada ADUN

Sudah satu tahun Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, saya nampak ada perubahan dalam sistem pentadbiran di peringkat negeri dan juga PBT. Menteri Besar juga banyak kali menurun kuasa kepada pihak EXCO dan pegawai-pegawai untuk membuat keputusan terutamanya di Pejabat tanah. Saya berasa cara ini boleh mengurangkan beban Menteri Besar dan juga EXCO –EXCO.

Walaubagaimanapun saya ingin menyeru pihak kerajaan supaya izinkan ADUN-ADUN menyertai prossess penwartaan tanah dan juga pengurusan tanah. Ini disebabkan kerajaan kita mengamalkan sistem ketelusan. Kita dipilih oleh rakyat, kalau kita tidak dapat menyertai process pengurusan tanah, kita tidak dapat menjawab rakyat. Tambahan pula, kalau kita tidak dapat jawab, kita selalu dimarah oleh rakyat kerana kita ADUN tetapi tidak dapat jawab kepada rakyat.

Walaupun setiap Pejabat Tanah diarah supaya memberi taklimat kepada ADUN-ADUN dan Ahli Parlimen pada masa ke semasa, tetapi kita cuma dimaklumkan sahaja, semua process ataupun permohonan, kita langsung tidak tahu. Ini menjadikan kita semua sebagai pembangkang, kita hanya boleh memantau tetapi tidak berperanan dalam pentadbiran negeri.

Saya ingin mengesor kepada kerajaan supaya mewujukan Jawatankuasa Tanah disetiap Pejabat Tanah dan memberi kepercayaan kepada semua ADUN-ADUN yang dipilih oleh rakyat.

3) Skim Warga Usia Emas

Tuan Speaker, disini saya ingin menyentuh isu Skim Warga Usia Emas. Tidak boleh dinafikan skim ini telah mengurangkan beban waris-waris simati tetapi dari segi perlaksanaan, saya rasa ada banyak ruang lagi untuk menambah baik.

Saya selalu risau, adakah saya dan penerima wang tunai itu akan dijadikan satu sasaran oleh peragut atau perombak. Saya tidak faham mengapakah sampai sekarang kerajaan enggan memberi cek dan kita diminta memberi wang tunai.

Memandangkan isu-isu ragut, rompak dan samun semakin serius di Kuala Lumpur dan Selangor. Sebagai golangan wanita ADUN kita selalu dijadikan sasaran, saya berpendapat bahawa kita haruslah diberi pilihan supaya boleh menisukan cek RM1000 untuk waris si mati.

Kedua. Saya telah menganjurkan satu majlis menyampai Skim Warga Usia Emas fasa II dan menyampaikan RM1500 kepada si mati pada bulan Julai. Penerima adalah 148 orang dan jumlah wang tunai yang dibagikan adalah RM222,000. Apa yang berlaku ialah, pada hari itu wang yang berjumlah RM222,000 dibawa dan dijaga oleh seorang pegawai dari Pejabat Tanah dan seorang sekuriti sahaja. Apabila mereka sampai, pegawai mengurus kerjanya, dan sekuriti tersebut keluar dan hisap rokok, wang sejumlah RM222,000 ditinggalkan didepan pentas begitu sahaja. Nasib baik Ahli saya Nampak dan mereka berdiri ditepi bag yang ‘bernilai’ RM222,000 sehingga sekuriti itu balik.

Bayangkan kalau ada perompak yang sudah bersedia, mereka boleh serang kita dengan senjata dan wang tunai tersebut akan dirompak begitu sahaja. Saya berharap kerajaan perlulah serius dalam isu sekuriti.

Selain daripada itu, prosses mengambil wang sejumlah RM1500 setiap orang juga tidak begitu cekap. Semua penerima akan berdaftar pada awal pagi dan diberi satu invois tetapi invois tersebut tidak dikembalikan atau sekurang-kurangnya dicopkan ‘Terima’ oleh pegawai. Kalau invois tidak ditulis dan dicopkan “terima” ada orang akan mengambil kesempatan untuk tuntutan berganda.

Selain itu, saya ingin mengingatkan EXCO, pada kebelakangan ini, ada ramai penerima yang bukan keluarga pemohon berdaftar untuk warga usia emas. Mereka adalah kawan pemohon. Pada pendapat saya, kita tidak boleh membenarkan kawan dijadikan sebagai penerima sumbangan tersebut. Kalau kita lihat semua agensi insuran, mereka tidak membenarkan kawan menjadi penerima sebab mereka takut orang ramai akan salah gunakan polisi tersebut.

Sejak skim ini dilancarkan Oct tahun lalu, DUN Teratai sahaja sudah ada 127 warga usia emas meninggal dunia, secara purata 15.8 orang setiap bulan. Walaupun kita telah cuba mendahulukan wang RM1000 untuk setiap penerima tetapi disebabkan kelewatan rekrup dari pejabat tanah dan Kewangan Negeri sekarang Teratai telah menjadi penghutang yang kemungkinan “no 1” di Selangor sebanyak RM35,000. Saya ingin mengesarkan pihak kerajaan boleh memberi keutamaan kepada Teratai supaya dapat “menjelaskan hutang “ tersebut dengan serta-merta, kalau tidak, kemungkin Teratai hendaklah menerima bantuan dari Along.

Tuan Speaker, saya faham kerajaan negeri berhasrat tinggi supaya memberi manfaat tersebut kepada penduduk-peduduk KL yang lahir sebelum 1974. Saya sebagai bekas setiausaha politik untuk Ahli Parlimen Bukit Bintang sebelum ini memahami kesulitan mereka kerana tidak ada dana yang cukup untuk mengupah pegawai, dan di WP KL mereka tidak ada Ahli Majlis dan Ketua Kampung, jadi susahlah untuk mereka menyertai program Skim Mesra Usia Emas. Oleh itu, saya ingin mencadang supaya kerajaan Selangor menubuhkan satu pejabat atau cawangan di WP untuk menguruskan semua pemohon Skim Mesra Usia Emas.

4) Sistem Pemantauan Yang Professional

Satu system pemantauan secara objektif dan subjektif hendaklah diwujud supaya setiap program yang dijalankan oleh kerajaan dapat dikaja secara professional.

Teratai memang kurang puas hati dengan sebahagian jawapan dari pihak EXCO kerana jawapan yang diberikan tidak bermakna. Contohnya apabila ditanya KPI untuk SPIES program, jawababnya ialah “kalau kes jenayah turun….iaitu kejayaan kita”.

Oleh kerana masa tak cukup, saya terpaksa henti di sini.

Sekian sahaja, terima kasih.


* Lee Ying Ha, ADUN Teratai

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional