red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Ucapan Perbahasan Tunku Abdul Aziz di Dewan Negara pada Khamis, 9 Julai 2009:

Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan Rang Undang-undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini.

Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin mengambil perhatian Dewan yang Mulia ini bahawa di dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, terdapat banyak konvensyen yang dibincangkan, dibahaskan dan dibuka untuk diratifikasi.

Malaysia ialah salah satu anggota kepada PBB. Malangnya, daripada banyak konvensyen-konvensyen yang dibentangkan, Malaysia hanya meratifikasi dua sahaja iaitu Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women dan Convention on the Rights of the Child.

Namun bagi Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women, kita mempunyai beberapa pengecualian.

Bagi Convention on the Rights of Persons with Disabilities, kita sudah menandatangani konvensyen ini tetapi tidak diratifikasi.

Kerajaan kita masih lagi belum meratifikasi International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights, International Covenant on Civil and Political Rights, International Convention on the Protection of the Rights of All Migrant Workers and Members of Their Families, Convention against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment

Di dalam sebuah Negara yang terdiri daripada berbilang kaum, kita haruslah mempunyai satu dasar bagi melihat kepada isu yang berkaitan dengan diskriminasi kaum. Kita masih tidak meratifikasi International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination.

Tuan Yang Dipertua,

Selepas membaca dan memperinci rang undang-undang ini, terdapat beberapa persoalan yang ingin saya bahaskan dan mohon penjelasan dari pihak kementerian.

Seksyen 4(3)

Di bawah seksyen ini, saya ingin mencadangkan supaya SUHAKAM memberi kuasa untuk melawat tempat-temat tahanan tanpa notis dan tidak boleh dihalang oleh mana-mana pihak berkuasa di tempat tahanan tersebut.

Seksyen 5(1)

Buat masa sekarang, ahli-ahli pesuruhjaya menjalankan tanggungjawab mereka separuh masa. Mereka tidak berada di pejabat setiap masa. Dengan itu, sebarang memorandum atau kes-kes terdesak yang melibatkan pelanggaran hak asasi manusia tidak dapat diserahkan seberapa segera. Masalah lain, dengan tempoh dalam mendapat pesuruhjaya untuk menneliti memorandum, ada kemungkinan bukti-bukti yang ada dihapuskan.

Oleh itu, saya mencadangkan agar semua ahli-ahli pesuruhjaya bertugas secara sepenuh masa.

Seksyen 5(2)

Izinkan saya bacakan bahagian ini dalam Bahasa Inggeris:

“Appointment process - After the amendments to Act 597 in March 2009, "The members of the Commission shall be appointed by the King on the recommendation of the Prime Minister who shall, before tendering his advice, consult the committee referred to in section 11A."

Seperti yang kita sedia maklum, perlantikan jawatan yang amat ini terletak di tangan Perdana Menteri. Ini akan mengundang beberapa spekulasi:

Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya perkara ini digantikan kepada:

Dengan izin,

"Members of the Commission shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong, on the recommendation of the Parliament from the list of candidates recommended by the committee referred to in section 11A."

Seksyen 11A

Fasal ini merujuk kepada jawatan kuasa yang membincangkan mengenai isu-isu yang berhubung dengan hak asasi manusia.

Saya ingin mencadangkan agar jawatan kuasa yang akan mencadangkan calon-calon kepada Parlimen terdiri daripada yang berikut:

(a) Perdana Menteri sebagai Pengerusi;
(b) Menteri yang mengetuai hak-hak asasi manusia;
(c) Pengerusi Suruhanjaya;
(d) Ketua Pembangkang di dalam Dewan Perwakilan di Parlimen; dan
(e) Tiga anggota lain, yang dilantik oleh Parliamen yang mempunyai pengetahuan khusus, pengalaman, kemahiran dan professionalisme yang berkaitan dengan hak-hak asasi manusia, undang-undang, perkhidmatan awam atau sosial.

Di dalam seksyen ini, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar mewujudkan konsultansi transparent yang luas. Konsultansi ini mestilah memberi penyertaan kepada NGO, badan-badan antarabangsa dan individual dari kalangan awam di dalam proses menncalonkan calon-calon sebagai pesuruhjaya.

Seksyen 12A

Di bawah fasal yang baru sebagai tambahan kepada seksyen 12, seseorang yang gagal hadir dalam penyiasatan Suruhanjaya ini tanpa sebarang alasan melalui notis bertulis, mereka perlu dikenakan denda.

Seksyen 21(1)

Di dalam fasal ini, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya Suruhanjaya menghantar laporan tahunan atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada parlimen pada penggal pertama mesyuarat.

Bagi pihak parlimen juga, laporan-laporan ini mestilah dibuka kepada Dewan Yang Mulia untuk dibahaskan.

Tuan Yang Dipertua,

Akhir sekali, saya menganggap bahawa pindaan ini merupakan langkah yang amat untuk membawa kembali SUHAKAM kepada status 'A' berdasarkan akreditasi International Coordinating Committee on National Institutions for the Promotion and Protection of Human Rights (ICC), dengan izin pada tahun 2002 atas kegagalan mematuhi Prinsip Paris.

Sekian ucapan saya.


* Tunku Abdul Aziz, Naib Pengerusi DAP & Senator

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional