red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar oleh Lee Ying Ha di Petaling Jaya pada Sabtu, 6 Jun 2009:

Semua negeri harus mengikut jejak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengehadkan penggunaan beg plastik

Kami mengalu-alukan pengumuman Kerajaan PR Pulau Pinang sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bahawa mulai Bulan Julai setiap Hari Isnin merupakan "Hari Tanpa Beg Plastik".

Beg Plastik merupakan sesuatu produk yang susah untuk dilupuskan. Meskipun Beg Plastik Biodegrable pun memerlukan air, cahaya matahari dan oksigen untuk process pelupusannya. Berikutan ia adalah percuma dan pengunaan sekali secara amnya, masyarakat dunia telah menyedari tentang mudarat yang dibawanya kepada alam sekitar, maka telah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melarang kegunaannya.

Selatan Australia telah mengumumkan larangan pengunaan beg plastik sejak Bulan Mei tahun ini. Hong Kong pula akan mengenakan bayaran HKD 50sen (lebih kurang RM0.25) untuk setiap beg plastik. Manakala Negeri China telah melaksanakan Akta Pengehadan Penggunaan Beg Plastik sejak Bulan Jun tahun lalu. Satu kajian tentang kesan selepas setahun pelaksanaannya telah mendapati ia telah menjimatkan 1.6juta tan petroleum.

Kerajaan PR Negeri Pulau Pinang menetapkan setiap Hari Isnin merupakan Hari Tanpa Beg Plastik merupakan satu langkah pemuliharaan alam sekitar yang bijak. Jika masyarakat umum tidak membawa beg plastik sendiri harus membayar RM0.20 untuk setiap beg plastik dan duit ini akan digunakan untuk bantuan menbanteraskan golongan miskin tegar dalam negeri Pulau Pinang. Di samping itu, kami juga berharap Kerajaan Pusat dapat melaksanakan Polisi Kitaran Semula dengan secepatnya melalu galakan terhadap orang ramai untuk membahagikan sampah sarap dan seterusnya dapat mengurangkan penggantungan masyarakat umum terhadap beg plastik. Semua negeri harus mngikuti jejak Kerajaan PR Negeri Pulau Pinang untuk menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar.


* Lee Ying Ha, Ketua Pergerakan Pemuda Sosialis DAP & ADUN Teratai

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional