red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Memorandum submitted by DAPSY delegation led by National Chairman Loke Siew Fook in Putrajaya on Monday, 8th June 2009:

Isu biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) Jabatan Perkhidmatan Awam 2009

8 Jun 2009

Tan Sri Ismail Adam
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
Blok C1-C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya

Tan Sri,

Isu biasiswa Program Ijazah Luar Negara (PILN) Jabatan Perkhidmatan Awam 2009

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Seperti yang Tan Sri sedia maklum, isu biasiswa PILN JPA pada tahun ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2008 namun gagal mendapat biasiswa JPA. Walaupun saya sedia maklum bahawa keputusan untuk kes-kes rayuan telah diumumkan beberapa hari yang lalu, namun masih terdapat ketidakpuasan hati dan keraguan dalam isu biasiswa ini.

3. Isu yang paling meragukan ialah mengapa ada di kalangan pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat 12 A1 gagal mendapat biasiswa tersebut. Keraguan ini disebabkan bahawa pihak JPA telah mengumumkan 20% daripada 2,000 biasiswa PILN atau 400 biasiswa ditawarkan berdasarkan meritokrasi iaitu melihat keputusan akademik yang paling cemerlang dan tidak mengambil kira faktor-faktor lain. Namun, mengikut statistik Kementerian Pelajaran, pelajar SPM 2008 yang mendapat 12 A1 ke atas adalah kurang daripada 300 orang pelajar. Jadi, mengapakah masih terdapat pelajar cemerlang 12A1 yang gagal mendapat biasiswa tersebut dalam kategori merit? Kita menyeru pihak JPA mengumumkan penjelasan dalam perkara ini dengan sejelas-jelasnya.

4. Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) ingin membuat 2 cadangan kepada pihak JPA untuk menyelesaikan isu biasiswa pada tahun ini iaitu:

a) Menyiasat semula semua kes pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 12 A1 yang gagal mendapat biasiswa PILN dan menawarkan biasiswa PILN kepada semua pelajar tersebut yang masih tidak berjaya dalam rayuan mereka.

b) Semua pelajar cemerlang yang mendapat sekurang-kurangnya 9 A1 ke atas yang gagal mendapat biasiswa PILN 2009 ditawarkan biasiswa Program Ijazah Dalam Negara supaya mereka boleh terus menyambung penggajian di IPTA atau IPTS tempatan.

5. Kami amat berharap pihak JPA akan menerima cadangan-cadangan ini untuk menyelesaikan isu biasiswa JPA ini yang telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada pelajar-pelajar dan ibubapa mereka.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Berkhidmat untuk rakyat,

 

…………………………………
LOKE SIEW FOOK
AHLI PARLIMEN RASAH merangkap
KETUA PEMUDA SOSIALIS DAP


* Loke Siew Fook, DAPSY National Chairman & MP for Rasah

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional