red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan oleh Liew Chin Tong di Kuala Lumpur pada Isnin, 15 Jun 2009:

Soalan Parlimen ditolak atas ‘asas’ kerahsiaan

Saya dimaklumkan oleh setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme binti Hamzah melalui suratnya bertarikh 15 Jun 2009 bahawa salah satu daripada soalan parlimen saya bagi pertanyaan jawab lisan ditolak atas alasan rahsia rasmi. Beliau menyebut Peraturan Tetap 23 (1) (f): "A question shall not seek information about any matter which is of its nature secre." iaitu“soalan bagi mendapatkan maklumat dalam apa juga hal yang rahsia tidak dibenarkan”.

Soalan asal saya berbunyi "Tuan Liew Chin Tong [Bukit Bendera] minta Menteri Pertahanan menyatakan senarai pembelian kelengkapan, aset dan sistem untuk Angkatan Tentera Malaysia yang akan didaftarkan di bawah RMK-10 dengan terperinci mengikut jenis, nama sistem dan peruntukan.

Saya tidak berpuas hati dengan klasifikasi yang diberikan atas soalan tersebut yang diletakkan di bawah rahsia rasmi. Klasifikasi sedemikian sukar untuk diberi justifikasi kerana saya hanya bertanyakan berkaitan dengan senarai pembelian kelengkapan, aset dan system untuk Angkatan Tentera Malaysia yang akan didaftarkan di bawah RMK-10.

Saya faham bahawa beberapa maklumat yang berkaitan dengan pertahanan adalah rahsia rasmi namun saya melihat bahawa tidak alasan yang sepatutnya diberikan mahupun satu rahsia sekiranya persoalan itu merujuk kepada maklumat yang berkaitan dengan kewangan.

Pihak Kementerian Pertahanan diperlihatkan tidak telus dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan di bawah kementeriannya. Ia adalah penting untuk menyatakan di sini bahawa terdapat keperluan dari kalangan ahli parlimen dalam meneropong perbelanjaan kementerian tersebut.


* Liew Chin Tong, Setiausaha Biro Antarabangsa & Ahli Parlimen Bukit Bendera

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional