red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar oleh Dr. Tan Seng Giaw di Petaling Jaya pada Sabtu, 20 Jun 2009:

Kementerian Kesihatan mestilah menjelaskan mengenai vaksin influenza

Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyeru supaya Kementerian Kesihatan menerangkan mengenai vaksin influenza bermusim bagi golongan berisiko. Kini dunia belum mempunyai vaksin A H1N1 dan suntikan vaksin influenza bermusim tidak akan mencegah orang dari dijangkiti virus A H1N1.

Pda 20.6.2009, Dr Tan mengulas tentang pertambahan kes positif influenza A H1N1 di Malayisa. Nampaknya, hari ini bilangan sudah meningkat kepada 42 dari 35 semalam. Kes pertama telah dikesan pada 15 Mei, 2009.

Setakat ini selain dari satu kes, kesemua kes tersebut bukan kes penularan tempatan sebaliknya kes import.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan pandemik influenza A H1N1 minggu lepas. Pada 18.6.2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 10 langkah mencegah penularan wabak tersebut, termasuk pengisian borang pengisytiharan kesiahatan dan pelalian vaksin influenza bermusim untuk golongan berisiko seperti jururawat dan doktor.

Virus influenza boleh bertukar menjelma sebagai virus yang tidak serupa. Mutasi ini boleh berlaku dengan A H1N1. Oleh itu, Kementerian terpaksa bertungkus-lumus memeranginya dengan kerjasama rakyat. Kita mestilah mematuhi langkah-langkah yang dikuatkuasakan. Tetapi, Kerajaan haruslah memberi maklumat yang cukup melalui pelbagai saluran dan langkh-langkahnya patutlah berkesan.

Misalnya, sekarang kita tidak meperolehi vaksin A H1N1. Waalupun makmal-makmal besar di dunia sedang berikhtiar untuk mengeluarkan vaksin A H1N1, ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan. Bilakah Malaysia dapat memperolehinya?

WHO memberitahu bahawa kini jumlah terkumpul H1N1 adalah 40,089 kes dengan 167 kematian daripada 90 negara, iaitu pertambahan 286 kes.

Bilangan kes A H1N1 akan bertambah lagi. Rakyat wajib berhati-hati. Karajaan patut memberi maklumat yang tepat.


* Dr. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen Kepong

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional