Kenyataan Media oleh Liew Chin Tong pada Khamis, 12 Mac 2009: RM 60 bilion pakej rangsangan ekonomi perlu disuntikkan ke dalam sektor-sektor sasaran yang menjana kesan perkaliganda Semasa mengikuti ucapan YAB Menteri Kewangan, saya tertarik dengan jumlah pakej rangsangan ekonomi ini, iaitu RM 60 bilion. Sekali pandang, jika jumlah ini disuntikkan ke dalam sektor-sektor sasaran yang menjana kesan perkaliganda (multiplying effect) yang terbesar, maka ekonomi kita berpeluang dibela dan kesulitan rakyat jelata mungkin dapat dikurangkan. Akan tetapi, sasaran yang salah akan membazirkan masa dan peluang emas untuk menyelamatkan ekonomi kita. Krisis menghadapi kita sekarang adalah krisis ekonomi antarabangsa paling teruk sejak Perang Dunia Kedua. Tiada seorang pakar ekonomi pun yang berani menelah keadaan sebenar ekonomi dunia. Sejak the Great Depression tahun 1930-an, tumpuan pelan suntikan fiskal biasanya dilakukan dengan objektif untuk menjana perluang pekerjaan. Ini dilakukan supaya tambahan peluang pekerjaan akan mengukuhkan keyakinan konsumer, berikutan dengan perningkatan keyakinan para perniaga. Dengan langkah-langkah ini diharapkan ekonomi tersebut dapat dipulihi. Tetapi nampaknya tumpuan terhadap kaum pekerja dan penganggur dalam pakej rangsangan ekonomi ini tidak memuaskan. Hanya 2 billion ringgit saja diperuntukkan kepada Teras Pertama, iaitu “mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan.” Ini menunjukkan kebajikan untuk kaum pekerja tidak dipentingkan. Sebaliknya yang dipentingkan ialah sektor korporat. Ini bererti, “corporate welfare” yang diutamakan. Korporat besar dan kontraktor kroni adalah puak-puak yang diberi bantuan. Saya hairan kenapa kerajaan tidak faham konsep ekonomi asas iaitu kos melepas atau “opportunity cost”. Jika korporat besar diberi bantuan, di mana dana untuk membela pekerja kita? Pampasan atau subsidi sebanyak RM 480 juta kepada pemegang konsesi tol boleh digunakan dengan cara yang lebih berkesan. Contohnya, jumlah ini jika diagih kepada 50,000 individu, setiap orang akan dapat RM 800 sebulan selama setahun. Apakah kerajaan tidak sedar masalah yang akan timbul? Pemberian “kebajikan korporat” biasanya akan menimbulkan keadaan di mana, “good money chasing bad money”, iaitu pembaziran sumber-sumber kewangan yang terhad ke atas aktiviti-aktiviti yang telah gagal dan tidak akan membawa manfaat kepada ekonomi secara keseluruhan. Kumpulan penerima bantuan besar Pekej Rangsangan Ekonomi Kedua juga termasuk kontraktor-kontraktor yang mempunyai jaringan rapat dengan UMNO, terutamanya kontraktor kelas F, kebanyakan mereka adalah ahli-ahli UMNO. Ini terbukti dalam pakej rangsangan ekonomi pertama. Sebanyak 7 billion ringgit telah diperuntukan oleh Kerajaan sejak bulan November tahun lepas. Menurut Ucapan YAB Menteri Kewangan, hanya RM 1 billion ringgit telah dibelanjakan, kebanyakan dalam bentuk projek kecil, termasuk 6,267 Program Penyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas dikendali oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, 2,118 projek oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 1594 projek oleh Kementerian Pelajaran dan 1,322 projek oleh Kementerian Kesihatan. YAB Menteri Kewangan menjangka bahawa menjelang bulan Jun 2009, sejumlah 5.2 billion ringgit daripada 7 billion ringgit akan ditawarkan dan dilaksanakan. Ini bermakna, Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama yang diumumkan empat bulan sebelum ini tidak ada impak serta-merta terhadap ekonomi keseluruhan. Dana tersebut hanya membawa manfaat kepada kontraktor-kontraktor UMNO. Saya kasihan juga dengan ahli-ahli UMNO yang bukan kontraktor kerana sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, termasuk kaum pekerja, mereka tidak mendapat apa-apa dari Pakej Rangsangan ini. Jambatan Kedua Pulau Pinang Berhubung dengan isu “kebajikan korparat”, saya minta Perdana Menteri untuk menjawab bahawa adakah Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi “kebajikan korporat” untuk syarikat UEM. Saya diberitahu bahawa EPU telah mengarahkan penulisan satu laporan bertajuk “proposed Penang Second Bridge Crossing Independent Review: Costing Review” oleh Firma Perunding Zaidun-Leeng S/B pada bulan Julai 2008. Sebenarnya, pada bulan November tahun lepas, telah dilaporkan dalam media massa bahawa Tan Sri Zaini Omar, CEO syarikat Jambatan Kedua Sdr Bhd, telah jangka perundingan dengan UEM berkanaan kos pembinaan “akan disiapkan dalam seminggu.” Seminggu itu telah lama berlalu tetapi perundingan di antara kerajaan dengan UEM itu belum lagi selesai. Awal bulan Mac, semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berkata bahawa perundingan akan diselesaikan dalam bulan Mac. Saya meminta Perdana Menteri mengambil berat terhadap isu ini dan menyelesaikan perundingan tersebut sebelum beliau bersara awal bulan depan. Jambatan Pulau Pinang Kedua akan dikenangi sebagai Jambatan Ahli Parlimen Kepala Batas. Kita harus memahami satu lagi konsep asas ekonomi iaitu, “there is no such thing as free lunch.” Memang sentiasa ada orang yang kena membiayai permintaan UEM. Setiap tambahan kos disebabkan permintaan UEM akan ditanggung oleh rakyat Malaysia di Pulau Pinang yang terpaksa membayar tol bergenerasi masa depan. Saya bersyukur kerana Kerajaan Pusat telah menerima seranan Kerajaan Pulau Pinang dengan baik untuk membuka tender untuk pengurusan tol. Adalah dijangka bahawa pengguna jambatan akan menjimat RM 18 billion dalam 45 tahun. Itu hadiah Ahli Parlimen Kepala Batas kepada rakyat Pulau Pinang dan kita ucapkan terima kasih. Tetapi, saya agak risau bahawa UEM masih akan dapat harga kontrak yang lampau. Laporan EPU yang disebut atas yang disediakan pada bulan Julai 2008 semasa kos bahan-bahan pembinaan antarabangsa tercecat rekod telah mencadang bahawa 4.3 billion ringgit adalah harga adil ataupun “fair price”. Sebenarnya, harga tersebut boleh direndahkan kerana kos pembinaan telah turun. Walau bagaimanapun, jika kita terima harga 4.3 billion ringgit sebagai “fair price” yang dicadangkan oleh Firma Perunding Zaidun-Leeng Bhd, maka UEM mesti terima harga 2.1 billion ringgit sebagai jumlah kos keseruluhan dan tidak harus dibenarkan untuk mencadang harga terlampau. Kos UEM yang terlalu tinggi itu disebabkan oleh amalan korporat yang tidak jimat cermat. Contohnya, UEM mencadang membiayai 20 juta ringgit untuk majlis kera’ian atau “ceremony functions”. Apa yang diraikan sebelum jambatan itu dibina dan kenapa diperlukan 20 juta ringgit? UEM juga meminta “HQ overhead and support” sebanyak 63.51 juta ringgit yang agak terlampau. Saya tidak faham kenapa pembinaan jambatan memerlukan kos penyeliaan ibu pejabat yang begitu tinggi. Bagi pihak rakyat Malaysia di Pulau Pinang bukan saja generasi ini tetapi juga generasi akan datang, saya meminta Perdana Menteri untuk menghentikan “kebajikan korporat” kepada GLC yang tidak bertanggungjawab seperti UEM. * Liew Chin Tong, Setiausaha Biro Antarabangsa DAP & Ahli Parlimen Bukit Bendera
|