red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Lau Weng San di Petaling Jaya pada Isnin, 16 Mac 2009:

Adakah Khir Toyo dan barisan bekas Exconya bersedia untuk mengiystiharkan aset mereka?

Kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah mengambil inisiatif untuk mengiystiharkan aset mereka sejak dipilih memegang jawatan Exco.

Biarpun pengisytiharan ini bukan satu pengiystiharan asset mereka bukan pengiystiharan yang lengkap, tetapi ini telah memulakan budaya yang baru dalam sejarah politik di Malaysia.

Saya pernah bertanyakan soalan yang sama terhadap Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Khir Toyo sama ada beliau bersedia untuk mengikut jejak langkah Exco Pakatan Rakyat untuk mengiystiharkan asetnya.

Khir Toyo telah memberi jawapan bahawa beliau bersedia berbuat demikian jikalau semua ADUN bersedia berbuat demikian.

Khir Toyo tidak harus cuba tawar-menawar dalam hal ini kerana Khir Toyo bukan calang-calang ADUN tetapi seorang ADUN yang telah memegang jawatan Menteri besar Selangor selama lapan tahun. Jika dikira mengikut prioriti, sudah pasti Khir Toyo ialah antara mereka yang perlu mengiystiharkan aset terlebih dahulu.


* Lau Weng San, Setiausaha DAP Selangor & ADUN Kampung Tunku

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional