red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Lim Guan Eng di Georgetown pada Khamis, 12 Mac 2009: 

Tidak ada sebabnya Lapangan Terbang Pulau Pinang tidak boleh membina LCCT RM 200 juta yang dibina di Lapangan Terbang Kota Kinabalu bila keuntungan Pulau Pinang adalah lebih 5 kali ganda lebih besar daripada Sabah 

Tidak ada sebabnya Lapangan Terbang Pulau Pinang tidak boleh membina LCCT sebanyak RM 200 juta yang dibina di Lapangan Terbang Kota Kinabalu bila keuntungan operasi di Pulau Pinang adalah 5 kali ganda lebih besar daripada Sabah. Mengikut jawapan bertulis daripada Parlimen saya, di antara tahun 2000-2008, Lapangan Terbang Pulau Pinang mendapat keuntungan RM493.3juta berbanding RM96.1 juta yang diuntung oleh Negeri Sabah.

Sungguhpun perolehan keuntungan Malaysia Airport Bhd (MAHB) di Pulau Pinang adalah lima kali ganda lebih besar daripada Kota Kinabalu, namun tidak ada LCCT di Pulau Pinang. Sebaliknya Kota Kinabalu ada LCCT yang dibina dengan kos RM200 juta sungguhpun jumlah pendapatan hanya RM 96.1 juta. Sungguh luarbiasa yang untung RM493.3 juta diabaikan seakan-akan “membunuh burung angsa yang bertelurkan emas.” Walaupun pembinaan LCCT di Kota Kinabalu tidak dibantah maka ia harus dibina di Pulau Pinang kalau dibandingkan keuntungan yang diperolehi oleh MAHB untuk semua negeri yang dinyatakan di bawah.

Dalam pertanyaan lisan Dewan Rakyat, saya minta Menteri Pengangkutan menyatakan jumlah keuntungan untuk Malaysia Airports Bhd. Untuk setiap tahun sejak 2000 dan berikan pecahan mengikut negeri. Nyatakan jumlah perbelanjaan baik pembinaan baru atau menaiktarafkan untuk tempoh yang sama. Nyatakan program untuk menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kosnya dan bila dimulakan.

Dalam jawapan bertulis Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat dalam mesyuarat Dewan Rakyat kali ini, beliau menyatakan bahawa:

“Jumlah keuntungan yang diperolehi oleh Malaysia Airports Berhad (MAHB) dari operasi lapangan terbang sejak tahun 2000 hingga 2008 mengikut negeri adalah seperti berikut:

(1) Negeri Sabah keuntungan sebanyak RM 96.1 juta

(2) Negeri Sawarak keuntungan sebanyak RM 71.8 juta

(3) Negeri Pulau Pinang keuntungan sebanyak RM 493.3juta

(4) Negeri Perak kerugian sebanyak RM 19.7 juta

(5) Negeri Pahang keuntungan sebanyak RM 10.8 juta

(6) Negeri Johor kerugian sebanyak RM 2 juta

(7) Negeri Kelantan kerugian sebanyak RM 15.7 juta

(8) Negeri Terengganu kerugian sebanyak RM 5.8 juta

(9) Negeri Selangor keuntungan sebanyak RM 1.5 billion

(10) Negeri Melaka kerugian sebanyak RM 7.1 juta

(11) Negeri Kedah keuntungan sebanyak RM11.5 juta

Jumlah keseluruhan keuntungan yang diperolehi oleh MAHB dari tahum 2000 hingga tahun 2008 adalah sebanyak RM 2.1 billion.

Manakala bagi jumlah perbelanjaan yang telah dibuat bagi Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baru atau Menaik Taraf Lapangan Terbang untuk tempoh yang sama oleh Kerajaan adalah sebanyak RM3.7 billion. Manakala perbelanjaan yang telah dibuat oleh pihak MAHB akan dimaklumkan secara bertulis setelah maklumat tersebut diperolehi dari agensi yang berkenaan.

Mengenai soalan tentang program menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, sukalah saya memaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini bahawa Kementerian Pengangkutan bersama-sama dengan Malaysia Airports mempunyai rancangan mengemukakan cadangan bagi pertimbangan Kerajaan untuk menaik taraf lapangan terbang tersebut dalam Rancangan Malaysia ke-10(RMKe-10). Di antara komponen projek utama yang akan dipohon di bawah RMKe-10 meliputi pemanjangan landasan untuk pesawat B747-400 tanpa had muatan, tambahan parking apron, pembesaran kemudahan kargo, pembesaran bangunan terminal serta pengasingan aliran penumpang domestic dan antarabangsa. Memandangkan projek tersebut masih lagi di peringkat awal perancangan, maka Kementerian pada ketika ini tidak dapat menentukan kos serta proses perolehan yang akan dilaksanakan.”


* Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional