red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kandungan memorandum Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) kepada Perdana Menteri yang diserahkan oleh Loke Siew Fook kepada penolong PM di Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, 18 Mei 2009:

Members of the Bar should not be deemed as “certain quarters who are out to create trouble” nor a threat to peace and security

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Seperti yang YAB sedia maklum, terdapat ramai pelajar cemerlang SPM 2008 yang gagal mendapat tawaran biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara mahupun dalam negara pada tahun ini. Masalah ini yang telah menjadi satu isu tahunan di negara kita amatlah mendukacitakan kepada pelajar-pelajar cemerlang ini yang secara keseluruhannya mendapat 10A ke atas.

3. Isu ini sekiranya tidak diselesaikan dengan cepat dan berkesan akan memberikan impak negatif kepada falsafah “SATU MALAYSIA” yang dilaungkan oleh YAB dan menampakkan bahawa kerajaan seolah-olah tidak menghargai modal insan yang cemerlang dalam negara kita.

4. Justeru itu, saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan seorang Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat Malaysia ingin menyeru kepada pihak YAB untuk mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu ini seperti:

a) Kabinet pada Rabu ini perlu membuat satu ketetapan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diwakili oleh beberapa Menteri Kabinet untuk mengkaji semula dan mempertimbangkan setiap kes rayuan yang telah dikemukakan oleh pelajar cemerlang SPM 2008.

b) Kabinet perlu memastikan pelajar yang mendapat 10A1 ke atas mendapat pertimbangan yang sewajarnya dan sekiranya perlu kerajaan perlu menambahkan bilangan biasiswa luar negara JPA untuk tahun ini.

c) Kerajaan perlu membuat satu keputusan dasar untuk mengkaji semula keseluruhan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA termasuk menubuhkan satu badan bebas untuk mengendalikan program biasiswa ini, kriteria-kriteria yang diambil kira, sistem temuduga dan setiap pemohon diberikan satu laporan yang lengkap samada mereka berjaya atau sebaliknya untuk memastikan ketelusan dalam keseluruhan proses pemilihan dan intergriti badan yang melaksanakan program ini berada pada tahap yang paling tinggi.

d) Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu membuat keputusan yang tegas dengan menghadkan setiap pelajar yang menduduki peperiksaan SPM untuk mengambil hanya 10 matapelajaran supaya semua pelajar dinilai dengan keputusan yang samarata dan tidak timbul masalah penilaian seperti mengapa yang mendapat 13A gagal berbanding dengan 9A dan sebagainya.

5. Kami amat mengharapkan pihak YAB akan menimbangkan beberapa cadangan ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap intergriti dan keadilan dasar-dasar kerajaan. Kami juga berharap YAB akan memberikan perhatian peribadi ke atas perkara ini kerana ia melibatkan soal masa depan anak-anak muda kita bersama.

Sekian. Terima kasih.

Berkhidmat untuk rakyat,

……………………………………………………

LOKE SIEW FOOK
KETUA PEMUDA SOSIALIS DAP
Merangkap AHLI PARLIMEN RASAH


* Loke Siew Fook, Ketua Pemuda Sosialis DAP & Ahli Parlimen Kawasan Rasah

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional