red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Teks Ucapan Charles Santiago sempena Pembahasan Belanjawan 2010 di Parlimen pada Khamis, 5 November 2009:

Strategi kerajaan mengatasi kegawatan ekonomi dan hak rakyat kepada maklumat mengenai perbelanjaan pakej rangsangan ekonomi

Apabila Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan membentangkan belanjawaan 2010, beliau mengatakan bahawa Malaysia akan mengalami pertumbuhan ekonomi negatif sebanyak 3-4 peratus untuk tahun 2009.

Soalan saya ia lah apa kah strategi persediaan kerajaan kalau krisis global berlanjutan hingga 2010?

Ini ada lah penting, memandangkan FDI atau pelaburan dari luar negara termasuk pelaburan peniaga-peniaga tempatan telah menurun. Ekspot negara jatuh. Competitiveness atau kapasiti daya saing negara kita dengan negara negara lain telah jatuh 3 tangga menurut World Economic Forum. Dan kedudukan Malaysia telah jatuh dua tangga dalam Lapuran ‘Doing Business’ yang di terbitkan olih Bank Dunia.

Menurut penyelidikan InsightAsia Research Group yang di umumkan dua hari yang lalu, keyakinan pengguna pengguna Malaysia terhadap ekonomi Malaysia ada lah dalam tahap rendah. Menurut lapuran mereka, consumers “view of the current economy is still negative and consumers overall are slightly dissatisfied with their financial well being…. The general feeling among consumers is that this is a bad time to buy major household products”.

Menurut lapuran yang sama, di negara-negara ASEAN lain, seperti Singapura, Indonesia dan Thailand, kepercayaan dan keyakinan golongan pengguna penguna terhadap ekonomi masing masing telah meningkat secara signifikan.

Ada lah jelas bahawa pihak pelabur asing dan tempatan termasuk penguna tempatan tidak ada keyakinan atau confidence terhadap ekonomi Malaysia.

Oleh kerana keadaan yang meruncing ini, apa kah persedian atau strategi kerajaan kalau krisis ekonomi berlanjutan ke 2010.

Soalan ini harus di ambil berat olih pihak kerajaan.

Menurut Nobel Laureate dan Pakar Ekonomi , Joseph Stiglitz “the US recession is ‘nowhere near’ an end and the economy’s third quarter growth rate of 3.5 percent, the first expansion in more than a year, won’t carry into 2010”.

Menurut Stiglitz, expansion atau tingkat pertumbuhan 3.5 peratus sangat bergantung kepada pada pelbagai langkah stimulus yang di implemantasikan oleh pentadbiran Obama.

Apa yang kita meneliti di Amerika Syarikat pertumbuhan ekonomi “was a result of a government driven stimulus package and thus not sustainable” dalam jangka panjang.

Pada am nya, kita dapati bahawa di negara negara lain di ASEAN, pakej perangsang ekonomi masing masing telah menolong negara nagara seperti Singapura, Thailand, dan Indonesia pulih balik dan tidak mengalami pertumbuhan negatif.

Malah di konteks ASEAN, hanya Malaysia yang masih belum pulih daripada krisis ekonomi global.

Tetapi, kita di Malaysia implemantasikan pakej perangsang ekonomi lebih awal daripada negara negara lain di rantau ini, tetapi masih dalam territory negatif.

Saya cadang supaya kerajaan telus dan akauntabel dalam perlaksanaan pakej perangrasang ekonomi satu dan dua yang berjumlah RM 67 billion.

Kerajaan harus memberi tahu rakyat

a) Berapakah pekerjaan telah di wujudkan sepanjang perlaksanaan Pakej Rangsang Ekonomi Satu dan Kedua;

b) Berapa kah peratus pertumbuhan dalam ekonomi di dorong oleh kedua dua pakej rangsang ekonomi;

c) Ada kah kerajaan sudi menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (Parliamentary Select Committee) untuk menyemak pelaksanaan dan impak pakej perangsang ekonomi;

d) Dalam konteks ini saya minta kerajaan menjelaskan perbelanjaan sebenar nya daripada pakej perangsang untuk sekolah sekolah Tamil dan Cina. Berapa sekolah menerima peruntukan dan status perbelanjaan wang ini.


* Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen kawasan Klang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional