Teks Ucapan (Bahagian 2) Charles Santiago sempena Pembahasan Belanjawan 2010 di Parlimen pada Khamis, 5 November 2009: Tahap pinjaman sektor rumahtangga (household debt) dalam tahap yang merisaukan Pinjaman sektor rumah-tangga dari bank bank telah meningkat daripada 34.4 peratus dalam tahun 2000 ke 55.9 peratus pada tahun 2007, peningkatan sebanyak 21.5 peratus dalam tujuh tahun. Tambahan lagi, nisbah hutang (pinjaman) rumah tangga ke KDNK ( ratio of household debt to GDP) telah melambung dari 47 peratus dalam tahun 2000 ke 67 peratus pada tahun 2007, peningkatan seabanyak 20 peratus dalam tempoh 7 tahun. Manakala, pinjaman sektor bisnes dari institusi kewangan turun daripada 65.6 peratus (2000) ke 44.1 (2007). Fenomana ini luar biasa. Luar biasa sebab selalu-nya pinjaman sektor perniagaan lebih tinggi dari sector rumah tangga. Fenomena ini harus membimbangkan pihak kerajaan dan harus di ambil serius olih pemerintah. Mengapa fenomena ini harus di pandang serius? Ini ada lah sebab rumah tangga, dan penguna di Malaysia terpaksa pinjam daripada instituasi kewangan atau dapat credit untuk menampung perbelanjaan keluarga harian. Dalam kata lain, tanpa pinjaman dari institusi kewangan, keluarga keluarga di Malaysia kemugkinan besar akan mengalami kualiti hidup yang lebih rendah atau dalam keadaan kemiskinan. Jelas keluarga di Malaysia sangat bergantung pada pinjaman bank untuk menampung kos kehidupan yang tinggi. Ini adalah arah aliran (trend) yang berbahaya. Satu lagi sumber pinjaman ia lah melalui pinjaman daripada Ah Long. Tidak ada angka rasmi mengenai pinjaman haram ini. Namun jelas bahawa rumah tangga kita dan komuniti perniagaan khusus nya perniagaan kecil dan sederhana sangat bergantung pada pinjaman daripada Ah Long. Tahap hutang dan pinjaman yang tinggi harus di tangani dengan cepat olih pihak kerajaan. This is because the Malaysian family is living on borrowed money. Pada pandangan saya, masalah pinjaman ini di akibatkan olih gaji rendah yang di terima olih perkerja pekerja di negara ini. Dengan kos kehidupan yang tinggi, termasuk gaji benar yang semakin hari hilang nilai oleh kerana inflasi, maka pekerja pekerja (blue or white collar) tidak dapat menampung kehidupan harian keluarga keluarga mereka. Ini pada pandangan saya, ada lah satu fenomena yang serius dan hendak perhatian serius kerajaan. Oleh kerana itu kerajaan harus mempertimbangkan beberapa strategi termasuk melaksanakan gaji minima untuk membantu para pekerja untuk mengatasi masalah pinjaman dan hutang. Satu lagi isu yang berhubung kait dengan hutang rumah tangga ia lah caj baru yang di kenakan ke atas kad kredit, ia itu RM 50 (principal card holder) dan RM 25 (supplementary card holder). Pendapatan kerajaan menerusi sumber ini ial lah lebih kurang RM 555 juta daripada lebih kurang 11 juta pemegang kad kredit. Tetapi, apa yang di khuatiri ia-lah caj RM 50 dan RM 25 ini akan di perolehi daripada orang yang memerlukan bantuan kewangan, tetapi dengan caj ini ia akan menjadi satu lagi beban kewangan kepada pemegang kad kredit, khusus nya pekerja pekerja dan golongan pendapatan rendah. “ It becomes a double whammy” for pemegang kad kredit. Oleh kerana itu, saya cadang kerajaan menarik balik (withdraw) dasar ini demi kepentingan golangan pekerja dan kumpulan pendapatan rendah. Dalam konteks ini, visi kerajaan untuk menukar corak ekonomi dan menuju ke suatu ekonomi pendapatan tinggi ada lah di alu alu kan. Tetapi malang nya, dalam pembentangan belanjawan 2010, Perdana Menteri tidak mengariskan atau memberi definisai atau menerangkan ciri ciri ekonomi pendapatan tinggi. Tetapi apa yang jelas ia lah masa dah sampai untuk menaikkan gaji benar untuk pekerja pekerja Malaysia. * Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen kawasan Klang
|