red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Teks Ucapan (Bahagian 3) Charles Santiago sempena Pembahasan Belanjawan 2010 di Parlimen pada Khamis, 5 November 2009:

Paradox kemiskinan – Masalah kemiskinan bandar telah mendahului kemiskinan desa

Perdana Menteri dalam pebentengan belanjawan 2010 mengatakan bahawa kemiskinan di bandaraya di Malaysia telah meningkat. Dan memmandangkan bahawa penduduk di bandar ada lah 63 peratus daripada penduduk Malaysia , maka kemiskinan bandar ada lah masalah yang serius.

Untuk mengatasi masalah kemiskinan yang di akibatkan olih kos hidupan yang tinggi dan masalah perumahan, kerajaan telah peruntukan RM 48 juta.

Tambahan lagi, Perdana Menteri mengatakan bahawa “To address urban poverty in a holistic manner, the role of Ministry of Federal Territories will be strengthened and expanded to include urban poverty eradication nationwide, including those with monthly income below RM3,000. For this, I propose that Ministry of Federal Territories shall now be known as Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing”.

Kenyatann Perdana Menteri ini menandakan a radical departure in public policy. Ini ada lah sebab, Kerajaan selama beberapa dekad telah menggunakan Paras Garis Kemiskinan (Poverty Line Index) yang tidak realistik.

Pada pandangan saya, pengukuran baru ini “is a better measurement of urban poverty”.

Paras Garis Kemiskinan yang di gunapakai dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2007) ada lah berikut: PGK bandar bagi Semenanjung adalah RM720, Sarawak RM830 dan Sabah RM960.

Dengan PGK ini, anggaran bilangan rumah tangga miskin adalah 235,000 (ribu). Break down kemiskinan: di Bandar 75,000 (ribu); dan Luar bandar 160,000 (ribu).

Tetapi kalau kita membandingkan data Distribusi Pendapatan Rumah Tangga yang telah di berikan di Parlimen pada tahun 2008, dengan Paras Garis Kemiskinan yang baru ia itu RM 3000, maka angaran kemiskinann akan melambung tinggi.

Khusus nya, angarran kemiskinan untuk seluruh negara ada lah 49.2% atau 3.1 million rumah tangga (households) dan golongan ini bolih di klasifikasikan dalam golongan miskin.

Ini bermaksud bahawa lebih kurang setengah daripada rumah tangga di Malaysia bolih di kategorikan sebagain miskin.

Kemiskinan di bandar ada lah di angarkan lebih kurang 1.95 juta rumah tangga. Ini merupakan 55 peratus daripada jumlah rumah tangga di Malaysua.

Ini bermakna kemiskinan di bandar ada lah lebih besar daripada kemiskinan di luar bandar.

Ini jelas menujukkan bahawa, kerajaan BN telah gagal untuk membasmi kemiskinan di Malaysia. Malah ini mendemonstrasikan bahawa dasar kerajaan yang mengswastakan perkhidmatan asas, dasar gaji rendah termasuk dasar ekonomi neo-liberal telah memburukan keadaan kemiskinan.

Oleh sebab itu, soalan yang bolih di kemukan ia lah: Ada kah peruntukan belanjawan sebanyak RM 48 million mencukupi untuk mengatasi kemiskinan? Lagipun, peruntukan ini hanya di salurkan ke Kementerian Wilayah Persekutan. Ada kah kementerian Wilayah Persekutuan mempunyai kapisiti, kemampuan serta pengalaman untuk mengatasi kemiskinan structural.

Bagaimana pula dengan menangani kemiskinan di bandar bandar lain di Penang, Selangor, Kedah, Kelantan, dan Johor?

Peruntukan ini hanya di beri kepada Wilayah Persekuatan di mana, 10 daripada 11 kawasan parlimen di Kuala Lumpur telah di menang olih Pakatan Rakyat?

Ada kah peruntukan sebanyak RM 48 juta ini satu sogokan kepada warga kota Wilayah Persekutan supaya undi dan menyokong Bariasan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Kalau kerajaan melaksanakan ketelusan dan prinsip kesamaratan dalam hal ini, ia itu untuk menangani kemiskinan di semua bandar di Malaysia, maka ada lah wajar peruntukan untuk mengatasi kemiskinan di tingkatkan dan di agihkan kepada semua negeri termasuk negeri negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tuan yang Di pertua, memandangkan bahawa kemiskinan di bandar ada lah dalam tahap yang bahaya, saya cadang suatu kementerian baru di tubuhkan dan di namakan Kementerian Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemisknan Bandar.


* Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen kawasan Klang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional