Emergency Motion by M. Kula in Parliament on Tuesday, 27th October 2009: Emergency motion on the collapse of suspension bridge at Kuala Dipang, Kampar 27 Oktober 2009 Yang di Pertua, YB Tan Sri, Per: Notis Peraturan Mesyuarat 18(1) - Program Perkhemahan Satu Malaysia menjadi satu tragedi bila Jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, Perak Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan seperti berikut: “Bahawa Dewan mengizinkan M.Kula Segaran Ahli Parlimen Ipoh Barat untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai Program Perkhemahan satu Malaysia menjadi satu tragedi bila Jambatan gantung runtuh diKuala Dipang, Kampar, Perak. Program Perkhemahan Satu Malaysia anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan di SK Kuala Dipang, Perak telah bertukar menjadi satu tragedi yang amat menyayat hati pada malam 26hb, Oktober, 2009. Sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai telah terburai dan roboh menyebabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh kedalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras. Tragedi jambatan runtuh berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk makan malam dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut. Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru 2 minggu dibina. Bagaimanakah sebuah jambatan yang baru dibina hanya 2 minggu yang lepas boleh runtuh? Adakah suatu penyiasatan yang menyeluruh akan dibuat terhadap tragedi ini dan mereka yang didapati bersalah dihadapkan ke muka pengadilan? Program malang tersebut melibatkan 296 lebih murid-murid sekolah. Saya difahamkan sehingga pagi ini, daripada 22 orang murid yang hilang, 19 telah dijumpai manakala seorang disahkan mati dan 2 masih hilang. Mengapakah perkhemahan di bawah naungan dan laungan 1Malaysia membiarkan murid-murid sekolah rendah merentas Sungai yang begitu deras dan di atas titi gantung pad waktu malam? Saya memohon agar program-program seperti ini dihentikan segera sehingga penyisatan sepenuhnya dilakukan terhadap tragedy ini dan hasil siasatan didedahkan kepada umum. Sekian, terima kasih. Yang benar,
_______________ * M. Kula, DAP Vice Chairman & MP for Ipoh Barat
|