red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Tumpuan utama dasar oleh Lim Guan Eng semasa mengumum Bajet Nasional Alternatif DAP 2010 di Rocket United Cafe, Petaling Jaya pada Rabu, 7 Oktober 2009, 11 am: 

Bajet Nasional Alternatif DAP 2010 - Tumpuan utama dasar 

1. Perjanjian perkongsian cukai pendapatan dengan 20 peratus individu dan cukai perolehan korporat yang dikutip di negeri akan menjadi hak negeri. Bagi Selangor dan Pulau Pinang, perjanjian perkongsian pendapatan ini akan membolehkan masing-masing mandapat RM 3.2 bilion dan RM 500 juta. Formula geran pembangunan dan kesamaan berdasarkan factor populasi, kadar kemiskinan, kawasan pembangunan, kos, pembangunan modal insane dan indeks pendapatan kasar per kapita akan turut diberikan bagi memastikan negeri yang miskin tidak ketinggalan.

2. Negeri juga akan diberikan hak untuk meminjam sehingga 50 peratus daripada pendapatan tahunan yang dijana daripada sumber sendiri, iaitu pendapatan yang diperolehi secara langsung oleh kerajaan negeri.

3. Kami akan menubuhkan dana RM400 juta untuk menyediakan geran kepada kerajaan negeri untuk menganjurkan pilihanraya majlis tempatan, mengadakan kajian delineation, menjalankan latihan dan memupuk kesedaran menerusi publisiti dan kempen pendidikan selepas meminda Akta Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

4. Kuasa berhubung reka bentuk dan pentadbiran jaringan pengangkutan awam akan diserahkan kepada negeri. Setiap bandaraya akan mempunyai Pihak Berkuasa Pengangkutan Tempatan bagi melihat dan meninjau majlis Bandar tempatan manakala untuk bandar dan daerah yang lebih kecil, ia akan digabungkan di bawah Pihak Berkuasa Pengangkuatan Negeri. Di Lembah Klang, DAP mencadangkan Pihak Berkuasa Pengangkutan Lembah Klang untuk menguruskan sistem pengangkutan yang bersangkutan antara satu sama lain.

5. Di bawah sistem ini, sebanyak RM13 bilion diperuntukkan untuk pengangkutan awam pada tahun 2010, dan akan diagihkan kepada negeri-negeri berdasarkan jumlah penduduk dan kepadatan kenderaan. Persaingan terhad dan kontrak jarak kos kasar akan dilaksanakan bagi membolehkan pihak berkuasa pengangkutan memantau kestabilan dan jaringan sambil mencari jalan mengurangkan kos. Di bawah sistem ini, jaringan dan reka bentuk ditentukan oleh pihak berkuasa pengangkutan sementara pengendali yang terpilih menerusi tender terbuka dan bersaing.

6. Sebanyak RM750 juta diperuntukkan pada tahun 2010 untuk membasmi kemiskinan tegar di Malaysia dalam tempoh 5 tahun, RM500 juta untuk Jaringan Keselamatan Sosial untuk rakyat yang hidup di bawah paras kemiskinan yang telah dikaji semula (PLI), RM500 juta untuk pembangunan modal insan untuk keluarga miskin dan RM3 bilion untuk pembangunan keperluan asas di kawasan pendalaman dan Malaysia Timur.

7. Sebanyak RM1.07 bilion akan diperuntukkan untuk Bonus Warga Emas. Sehingga RM3,000 akan disalurkan ke dalam akaun KWSP warga bekerja dewasa dan akan dibenarkan untuk pengeluaran segera jika pendapatan peribadi kurang daripada RM3,000 sebulan di bawah Program FairWage. RM1,500 akan diberikan kepada rakyat yang mahu mengubah suai kediaman (isteri tidak bekerja) dengan pendapatan pasangan tidak melebihi RM3,000 sebulan.

8. Bagi membantu rakyat negara ini membiayai kos sara hidup yang semakin meningkat, terutama di bandar besar, kami mencadangkan RM15,000 pendapatan boleh cukai dikecualikan cukai, dengan RM15,000 seterusnya dikenakan sebanyak 7 peratus. Pada masa ini, hanya RM2,500 pertama sahaja dikecualikan cukai manakala RM2,500 seterusnya dicukai pada kadar 1 peratus. Sebagai tambahan, kami mencadangkan raga cukai pendapatan dinaikkan daripada RM150,000 kepada RM300,000.

9. Memaktubkan penggunaan lebihan pendapatan minyak dan gas dengan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada lebihan bayaran disalurkan kepada Khazanah Nasional Berhad untuk tujuan kapasiti baru dan pembinaan keupayaan dalam sektor utama antaranya Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga (RE&EE) dan Teknologi Hijau; sekurang-kurangnya 20 peratus lebihan bayaran akan dimasukkan ke dalam Dana Stimulus Nasional yang bertujuan melonjakkan perbelanjaan fiscal dan menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat semasa kegawatan ekonomi di bawah skim baru, Malaysia Reversed Bonus dan Special Risk-sharing Initiative (SRI) dan sekurang-kurangnya 20% daripada lebihan bayaran akan dilaburkan dalam pembangunan sumber manusia, terutama dalam Pendidikan dan Latihan.

10. Peruntukan sebanyak RM25 bilion bagi membeli semula PLUS Expressways dan pemegang konsesi lebuhraya bertol yang mengaut keuntungan melampau dan tidak berpadanan dengan risiko dan modal yang dilaburkan. Pembelian semula itu akan dilakukan menerusi penggubalan Akta Kontrak Tidak Adil untuk memastikan ketelusan proses, di samping menilai semula konsesi lain seperti Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) , konsesi air, perkhidmatan pengurusan hospital, penswastaan stor perubatan kerajaan dan ujian perubatan pekerja asing.

11. Membina persekitaran pembelajaran bertaraf dunia untuk anak-anaki muda Malaysia dan pelajar dengan sejumlah RM43.3 bilion diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan, yang merangkumi 23.8 peratus daripada Bajet 2010 keseluruhannya. Pada masa yang sama, pembangunan perbelanjaan akan ditingkatkan secara beerti dengan RM13.69 bilion daripada RM10.07 bilion.

12. Skim dana bantuan pendidikan pra-siswazah JPA luar negara sebanyak RM60 juta diperuntukkan untuk semua pelajar terbaik SPM untuk pengajian pra-universiti tanpa syarat untuk lebih 4,000 pelajar, lebih ramai berbanding 1,500 pelajar pada masa ini, sementara RM500 juta diperuntukkan kepada sekurang-kurangnya 1,000 pelajar pra-universiti yang telah mendapat tempat di university ternama luar negara dengan keputusan cemerlang. Sebagai tambahan, sebanyak RM200 juta akan diperuntukkan kepada pelajar pra-universiti ternama yang datang dari keluarga miskin.

13. Bagi memberi kedudukan lebih baik kepada IKS, DAP mencadangkan peruntukan RM100 juta untuk membantu dan mengukuhkan kerjasama antara university tempatan, IKS, awam dan pusat kajian swasta manakala RM250 juta diletakkan untuk memberi bantuan kewangan kepada syarikat baru.

14. DAP akan mencadangkan peruntukan RM50 juta sebagai geran berpadanan sehingga RM250 seisirumah untuk memasang CCTV dan RM25 juta lagi untuk pemasangan CCTV untuk syarikat IKS di kawasan yang berisiko tinggi.. Regimen RELA akan dimansuhkan dan diganti dengan pasukan Polis Masyarakat dengan peruntukan RM67 juta di bawah tadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.


*Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang; Ahli Parlimen Kawasan Bagan

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional