red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar oleh Jenice Lee di Petaling Jaya pada Selasa, 8 September 2009:

Program Hari Malaysia anjuran DAPSY

16 September setiap tahun adalah Hari Malaysia. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sekarang Sabah), Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Disemenanjung Malaysia kita menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap. Kita DAPSY menganggap kerajaan pusat haruslah berpindah tarikh sambutan ke 16 September agar memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.

Sambutan Hari Malaysia yang berbeza ini telah membahagikan rakyat kita. Keadaan ini seolah-olahnya menunjukkan semenanjung Malaysia adalah Malaysia I dan Sabah dan Sarawak adalah Malaysia II. Bagaimanakah kita boleh kata kita adalah 1 Malaysia kalau dalam satu negara kita ada 2 sambutan yang berbeza?

Pemimpin-pemimpin DAPSY termasuk saya telah membuat satu lawatan ke Sabah pada bulan Julai. Ahli-ahli DAPSY dari Sabah berasa mereka selalu dipinggirkan dalam pembangunan negara.

Oleh demikian DAPSY sebagai satu kumpulan pemuda bagi DAP ingin mengingatkan rakyat Malaysia demi kepentingan 16 September, kita telah merancangkan program menyambut Hari Malaysia di Petaling Jaya, Bandar Kuching dan Kota Kinabalu pada 16 September.

DAPSY di Semenanjung Malaysia -Petaling Jaya:

Tempat: Rocket United Cafe 18, Jalan 2/63 Petaling Jaya
Masa mula: 7.15p.m. (Buka Puasa)
Hubungi: Mr. Beh 019-355 8905 Mr. Lim 012-2187830 / 7957 8022

Persembahan Yoyo, portrait skatching, tayangan filem “15 Malaysia” (CD format) dengan “Special Edition”, tayangan DAPSY versi “Kita Cintai Malaysia” klip, soal jawab bersama penaung 15 Malaysia Encik Pete Teo.

DAPSY Sabah

Tempat: Pusat DAPSY Sabah No.4, lorong Cindul, Jalan Ridgeview, Lodo-k.k. High School, Kota Kinabalu, Sabah
Masa: 7 a.m.-7.15p.m.
Hubungi: Teddy Yang 013-8504300 Dr. Jeffery Wong 016-8186667

Mogok Lapar bermula pada 7 a.m. untuk membantah kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah yang tidak dapat menyelesaikan masalah ketidakstabilan bekalan elektrik. Akibatnya Sabah menjadi satu Negeri yang gelap. Semua peniaga atau business mengalami kerugian dan kehidupan penduduk diganggu kerana kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut.

7.15p.m. Berbuka puasa bersama ahli-ahli DAPSY beragama Islam dan tayangan filem “15Malaysia”

Selain daripada 16 Sept DAPSY Sabah juga mengadakan satu Majlis buka puasa pada 13th September di 2nd Floor, Tg Aru Plaza, Tg Aru.

DAPSY Sarawak

Tempat: DAP Kuching Service Centre P1-1-8(b) Chonglin Park, Jln Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak
Masa: 7.15p.m.
Hubungi: 082-414531

Pada malam 16 September kita akan membuat satu video konferen diantara PJ, Kuching dan Kota Kinabalu supaya kita tahu suasana menyambut Hari Malaysia di tempat masing-masing. Selain daripada itu, siaran langsung untuk program di Petaling Jaya boleh diyaksikan di tv.dapmalaysia.org


* Jenice Lee Ying Ha, Timbalan Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan & ADUN Teratai

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional