red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan balas terhadap YB Datuk Shahrizat Abdul Jalil dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 13/9/2009 oleh Azli Bin Idris di Petaling Jaya pada Isnin, 14 September 2009:

Kenyataan Shahrizat adalah berbau perkauman dan bercanggah dengan Konsep 1Malaysia

YB. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah membuat kenyataan di dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 13/9/2009, dengan menyatakan DAP memperalatkan orang melayu untuk meraih undi semasa Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau kerana parti DAP memenangi banyak kawasan yang mempunyai majoriti orang melayu seperti di Parlimen Serdang, Parlimen Puchong dan Parlimen Klang, di mana lebih 40% undi melayu memihak kepada Parti DAP. Ini menunjukkan bahawa tanpa sokongan orang melayu, calon-calon DAP di kawasan berkenaan tidak akan menang.

Saya ingin menyatakan bahawa kenyataan Datuk Seri Shahrizat adalah berbau perkauman dan bercanggah dengan Konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri. Pada pendapat saya, adalah sesuatu yang neutral dan tiada apa yang janggal apabila orang melayu yang telah mengundi DAP semasa pilihanraya yang lalu menjadi ahli DAP kerana mereka telah menunjukkan sokongan tidakberbelah bagi sebelum ini.

Sepatutnya Datuk Seri Shahrizat memahami jiwa dan prinsip 1Malaysia yang diwar-warkan, iaitu memupuk kerjasama dalam satu parti. UMNO perlu menukar dasarnya yang hanya memperjuangkan nasib orang melayu sahaja. Semua kaum perlu bergabung demi mencapai kecemerlangan ekonomi dan pembangunan, bukan tertumpu kepada 1 kaum sahaja, yang akhirnya berlaku perpecahan sesama kaum sendiri sehingga orang melayu mengundi parti yang didakwa bukan parti untuk orang melayu.

Walaubagaimanapun, orang melayu sudah sedar bahawa kepimpinan DAP bukan sahaja menjamin hak-hak orang melayu dan Islam, malah menggalakkan lagi perkembangan syiar Islam di negeri ini. Walaupun tidak sampai dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, rakyat khususnya orang melayu telah menerima sumbangan kebajikan kepada orang miskin, memebri pengiktirafan tinggi kepada pelajar cemerlang termasuk para penghafal Quran dan Huffaz, dan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat yang membuat dasar terbuka dalam bekerjasama dengan kaum lain. Rakyat menyokong dasar yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sehingga memperolehi kemenangan besar semasa Pilihanraya Umum yang lalu.

Datuk Seri Shahrizat sepatutnya memahami signal YAB Perdana Menteri bahawa pemimpin BN atau UMNO tidak aregance, tidak menunjuk kekayaan sepertimana bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Khir Toyo yang menunjuk rumah banglo bernilai jutaan ringgit hasil pendapatan daripada Syarikat GLC Selangor dan juga pemimpin UMNO hanya popular di kalangan parti tidak popular di hati rakyat seperti Dato’ Seri Shahrizat sendiri popular di UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Rafidah Aziz tetapi beliau kalah di Lembah Pantai. Perumpamaan yang sesuai untuk Datuk Seri Shahrizat adalah ‘paku dulang, paku serpih, mengata orang, Shahrizat yang lebih’.

Azli Idris menyertai DAP kerana perjuangan DAP relevan serta tidak anti melayu & Islam. Mereka memberi peluang bangsa melayu menjadi Ahli Majlis di PBT Selangor di mana terdapat 2 orang Melayu menjadi Ahli Majlis di MDSB, 1 orang di MDKS, 1 orang di MPK dan 1 orang di MP Sepang. Ini membuktikan bahawa DAP juga memperjuangkan hak orang melayu dan memberi tempat di dalam parti.

Di dalam DAP tiada politik wang bagi merebut jawatan di mana saya sanggup menunggu selama 12 tahun untuk sampai ke tahap ini dalam DAP.


* Azli Bin Idris, Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor & AJK DAP Kuala Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional