Kenyataan Media oleh Liew Chin Tong di Pulau Pinang pada Sabtu, 12 September 2009: Takziah kepada keluarga dua pegawai TUDM yang terbunuh Saya ingin mengucapkan takziah kepada waris mangsa yang mengalami kemalangan semalam terhadap pesawat ringan PC7 MKII yang berpangkalan di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar yang terhempas pada 12.20 tengah hari tadi. Kementerian Pertahanan didesak agar menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat kemalangan tersebut di Langkawi sehingga mengambil nyawa dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); Mejar Mohd Zulkifli Hasan (38), dan Mejar Mohd Roszaini Mohd Mustafa (37). Kemalangan ini sepatutnya disiasat bagi memastikan ianya bukan berpunca dari kelalaian. * Liew Chin Tong, Setiausaha Biro Antarabangsa & Ahli Jawatankuasa Pertahanan Pakatan Rakyat; MP for Bukit Bendera
|