red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media Jenice Lee di Petaling Jaya pada Rabu, 17th September 2009:

Rumah Terbuka Nasional Hari Raya Aidilfitri DAP

Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan menganjurkan Rumah Terbuka Nasional sempena sambutan Aidilfitri pada 27hb September ini. Acara hari terbuka ini akan berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga jam 2 petang di Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Selangor (peta).

DAP Open House Map

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut menghadiri acara tersebut.

Pihak penganjur akan menyediakan pelbagai hidangan tradisional Melayu di samping mengadakan persembahan silat, nasyid dan kompang.

DAP menjemput semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan pemikiran politik, untuk menghadiri Ruman Terbuka Aidilfitri ini.


View DAP's Point of Interest in a larger map

* Jenice Lee Ying Ha, Pengerusi Majlis Jawatankuasa Kerja Rumah Terbuka Nasional Hari Raya Aidilfitri DAP & ADUN Tetarai

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional