red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Media oleh Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Georgetown pada Sabtu, 26 September 2009:

Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Dianjurkan Pada 3 Oktober 2009

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada 3 Oktober 2009 (Sabtu) jam 9.30 pagi dan bertempat di Dewan Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan penyertaan rakyat berbilang kaum dalam Majlis Rumah Terbuka ini untuk turut menyambut Hari Raya Aidilfitri yang amat bermakna bagi umat Islam di negara kita.

Ini merupakan usaha Kerajaan Negeri untuk memupuk hubungan siratulrahim di kalangan umat Islam dengan bukan Islam selain daripada menghargai sumbangan umat Islam terhadap pembangunan negeri serta pembangunan insan yang berakhlak.

Yang turut bersama kita dalam majlis tersebut termasuklah Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff serta Y.A.B. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Hadirin jemputan lain termasuklah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Majlis MPPP dan MPSP, Ketua-Ketua Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, perwakilan asing, pemimpin-pemimpin yang mewakili pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

Hidangan enak termasuk minuman dan makanan Melayu tradisional akan disediakan. Kita berharap rakyat yang hadir dapat menikmati jamuan yang disediakan serta bergaul mesra dengan pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri bagi memeriahkan lagi suasana perayaan kita.


* Dikeluarkan oleh: Ng Wei Aik, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang & ADUN Komtar

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional