Kenyataan Media Ean Yong Hian Wah di Shah Alam pada hari Isnin, 12hb April 2010: Najib diminta menjelaskan pendiriannya dengan segera, adakah kerajaan pusat membenarkan Dr. Pornthip masuk ke Malaysia untuk memberi keterangan sambil menjamin keselamatan beliau? Saya berasa amat kesal dan terperanjat bahawa Kerajaan Barisan Nasional memberi tekanan untuk menghalang Dr. Ponthip agar beliau jangan datang ke Malaysia untuk memberi keterangan mengenai kes kematian Teoh Beng Hock. Jikalau apa yang dikatakan oleh Dr. Pornthip adalah benar, saya minta Perdana Menteri Dato' Seri Najib menjelaskan pendiriannya dengan segera. Adakah kerajaan pusat membenarkan Dr. Pornthip masuk ke Malaysia untuk memberi keterangan sambil menjamin keselamatan beliau? Dr. Pornthip pada peringkat awalnya pernah mengatakan berdasar laporan pembedahan pertama yang dilakukan oleh pakar tempatan ke atas mayat Teoh Beng Hock, beliau membuat kesimpulan bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan homisid dan 20 peratus kemungkinan bunuh diri. Rakyat berasa amat marah kerana peminpin dan jentera kerajaan Barisan Nasional cuba menghalang rakyat untuk mengetahui kisah benar kematian Teoh Beng Hock. Tindakan kerajaan Barisan Nasional adalah tidak wajar dan telah menganggu proses inkues untuk menuntut keadilan kepada Teoh Beng Hock. * Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor & Exco Kerajaan Negeri Selangor
|