Kenyataan Media Tunku Abdul Aziz di Dewan Negara pada Isnin, 26hb April 2010: Campur tangan politik dalam urusan NTV7 menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat Saya telah memohon kepada Yang Di PertuaDewan Negara untuk membenarkan saya mengusulkan satu kes berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan di bawah Peraturan Mesyuarat 26 (3). Usul yang saya ingin bangkitkan ialah mengenai campurtangan politik dalam urusan NTV7 menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat. Perletakan jawatan Penerbit NTV7 Penerbit kanan NTV7, Joshua Wong, yang bertanggungjawab terhadap rancangan 'Editor's Time' meletakkan jawatan pada 20 April 2010 berikutan dengan tekanan politik dari pihak kerajaan dan isteri Perdana Menteri ke atas NTV7 supaya melakukan self-censorship. 'Siri rancangan Editor's Time' merupakan forum TV popular yang menjemput pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membuat analisa politik dalam negeri secara terbuka dan menggalakkan perbincangan rasional dan kritikal. Joshua Wong yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan selama 16 tahun dan berkhidmat dengan NTV7 selama tujuh tahun, mendakwa bahawa pihak pengurusan NTV7 telah menerima aduan 'sms' yang dikemukakan oleh isteri Perdana Menteri, Rosmah Masor, yang menerimanya dari pihak lain, yang antara lain, mendakwa bahawa rancangan berkenaan “bahaya” kerana menggalakkan 'kebebasan bersuara', bahawa penonton yang dibenarkan mengemukakan soalan membayangkan 'seolah-olah kerajaan terlalu teruk', dan bersifat perkauman dengan bertanya 'apa lagi cina-cina nie nak, mereka lagi kaya dari Melayu' dan mencadangkan supaya Melayu 'perang jer dengan cina-cina nie'. “Sejak menerima aduan 'sms' berkenaan, pihak pengurusan NTV7 terus mengarahkan supaya Joshua Wong memberikan penjelasan, berhenti dari menyentuh isu mengenai pilihanraya kecil Hulu Selangor, berhenti dari menjemput pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB Tony Pua ke rancangan berkenaan, dan mengamalkan 'self-censorship'. Saya mengusulkan perkara ini kerana percaya Parlimen harus memandangkan berat insiden ini kerana campur tangan politik dari pihak kerajaan - termasuk isteri Perdana Menteri yang bukan seorang ahli Eksekutif – pasti akan menyekat kebebasan media dan membantutkan budaya perbahasan politik yang sihat. Ia tidak membantu kita mencapai tahap negara maju, sebaliknya merupakan taktik yang digunakan oleh diktator negara mundur untuk terus membelenggu rakyatnya. Sekatan Sekatan telah diberikan oleh dua pihak, dari Jabatan Perdana Menteri dan isteri Perdana Menteri selepas mengudarakan siaran pada 19 Mac 2010 di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang pada 8 April 2010. Sekatan tersebut ialah:
Sekatan-sekatan tersebut ialah satu bentuk ugutan kepada kebebasan penerbit dalam siaran televisyen. Ia juga bercanggah dengan prinsip laporan media yang bebas dan independen. Ia juga satu bentuk hukuman kepada profesionalisme kumpulan penerbit. Usul ini juga dibawa dalam memastikan profesionalisma dan budaya kreatif media dan serta hak rakyat bersuara tidak terus terjejas. * Tunku Abdul Aziz, Naib Pengerusi DAP & Senator
|