red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://limguaneng.com 

 

 

Kenyataan Media oleh Lim Guan Eng di George Town pada hari Sabtu, 17hb April 2010: 

Pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 akan dibuat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat pindaan kepada Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang pada 19 April 2010 bagi menambahkan faedah kepada ahli keluarga ADUN sekiranya ADUN meninggal dunia atau hilang upaya dalam tempoh memegang jawatan. Tujuan utama pindaan enakmen ini dibuat adalah untuk memberi jaminan kepada ADUN atau ahli keluarga mereka sekiranya kemalangan / kematian berlaku dalam tempoh perkhidmatan.

Pindaan yang dibuat adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk ADUN pembangkang turut layak mendapat faedah yang tertera.

Faedah yang tertera di dalam Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 hanya terhad kepada “Faedah Kemalangan” sahaja. Pindaan yang bakal dibuat akan memasukkan perkataan “atau kematian” ke dalam Enakmen tersebut bagi membolehkan ADUN atau waris mereka memperolehi faedah tersebut. Namun, kematian biasa yang tertera di dalam pindaan tersebut tidak termasuk kematian dengan cara bunuh diri.

Maklumat terperinci adalah seperti berikut:

Akibat Kematian Atau Bencana Faedah Kena Dibayar
Ahli Dewan Undangan Negeri Ketua Menteri Speaker Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
  RM RM RM
A. Jika kematian adalah kematian biasa 120,000 750,000 500,000
B. Jika kematian disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan 120,000 750,000 500,000
C. Jika hilangupaya kekal disebabkan oleh bencana yang ditanggung dalam kemalangan dan hilangupaya itu berlaku dalam tempoh 12 bulan kalendar dari kemalangan tersebut, maka hendakalah dibayar kepada Ahli atau Anggota itu salah satu daripada faedah-faedah yang berikut:      
  RM RM RM
(i) jika bencana itu mengakibatkan kehilangan dua anggota atau lebih dengan cara sebenarnya terpisah di pergelangan atau di sebelah atas pergelangan tangan atau kaki atau kehilangan semuanya penglihatan kedua-dua mata tanpa boleh dipulihkan atau kehilangan satu anggota disertai dengan kehilangan penglihatan satu mata 240,000 1500,000 1000,000
(ii) jika bencana itu mengakibatkan kehilangan satu anggota dengan cara sebenarnya terpisah di pergelangan atau di sebelah atas pergelangan tangan atau kaki atau kehilangan semuanya penglihatan satu mata tanpa boleh dipulihkan 120,000 750,000 500,000
D. Jika bencana mengakibatkan hilangupaya kekal lain daripada hilangupaya yang dinyatakan dalam butiran C di atas -      
(i) dalam hal kehilangan upaya yang sama sekali menghalang Ahli atau Anggota itu dari melibatkan diri dalam apa-apa profesion atau pekerjaan atau memberi perhatian terhadapnya 240,000 1500,000 1000,000
(ii) dalam hal kehilangan upaya yang sebahagian sahaja menghalang Ahli atau Anggota itu dari melibatkan diri dalam apa-apa profesion atau pekerjaan atau memberi perhatian terhadapnya, sejumlah wang yang didapati dengan mendarabkan jumlah wang tersebut yang dinyatakan dalam sub butiran (i), mengikut mana yang berkenaan, dengan peratusan darjah hilang upaya yang akan ditentukan oleh Lembaga Perubatan yang dilantik oleh Kerajaan mengikut hitungan mengikut hitungan mengikut hitungan

*Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional