Kenyataan media oleh Pengurus Besar PDC Dato' Rosli Jaafar ke atas Bazaar Ramadan di Georgetown pada hari Rabu, 11hb Ogos 2010: Hasil perbincangan PDC dengan peniaga-peniaga yang terlibat dengan lot perniagaan Bazaar Ramadan KOMTAR Pihak PDC telah mengadakan satu perbincangan dengan peniaga-peniaga yang terlibat dengan lot perniagaan Bazaar Ramadan KOMTAR pada 10 Ogos 2010 jam 2.30 petang di KOMTAR yang dihadiri oleh 15 orang peniaga terbabit. Juga hadir adalah wakil Komtar Merchants Association(KMA), Encik Mohamed Ghani bin Abdul Jiman sebagai pengelola Bazaar Ramadan. Pihak PDC telah memberitahu peniaga bahawa PDC tidak pernah membuat keputusan untuk menghalang Bazaar Ramadan. Masalah utamanya adalah kegagalan pengelola Bazaar Ramadan menyerahkan wang yang dipungut daripada peniaga kepada PDC. Sehingga hari ini tidak ada satu sen pun yang dibayar kepada PDC. PDC hanya memaklumkan bahawa pihak pengelola iaitu KMA harus mengikut kesemua ketetapan, peraturan dan jumlah gerai yang ditetapkan serta membuat pembayaran yang mana sehingga kini tiada pematuhan oleh KMA. PDC juga ingin melihat agar Bazaar Ramadan ini tidak terlalu sesak yang mana akan menyebabkan kesulitan orang ramai untuk berurusan ke Pusat Pentadbiran Negeri dan boleh menjejaskan keselamatan. Tindakan KMA berurusan dengan peniaga tanpa mendapatkan kelulusan telah merugikan pihak peniaga yang telah membuat persiapan serta mengeluarkan perbelanjaan. Demi untuk menyelesaikan isu ini, persetujuan telah dicapai antara pihak pengelola, peniaga dan PDC. Ianya adalah seperti berikut :-
Melalui hasil perbincangan bersama ini, PDC percaya tidak ada masalah yang dihadapi oleh peniaga Bazaar Ramadan sepertimana yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab. * Dato' Rosli Jaafar, Pengurus Besar PDC
|