Teks ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sempena Persidangan Integriti Kebangsaan 2010 di Hotel Eastin pada hari Sabtu, 7hb Ogos 2010: Teks ucapan sempena Persidangan Integriti Kebangsaan 2010 Sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik boleh digambarkan bagaimana sesebuah institusi awam menjalankan urusan awam serta penggunaan sumber awam di dalam usaha bagi menjamin realisasi hak asasi manusia. Tanpa pemerintahan yang baik di dalam sesebuah Kerajaan, visi untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya yang menjadi lokasi pilihan pelabur, destinasi pilihan para pelancong dan habitat pilihan untuk kehidupan yang mapan boleh dilupakan. Sebuah Kerajaan yang baik memerlukan beberapa bahan-bahan teras : pematuhan kepada undang-undang, pengukuhan pengurusan sektor awam, transparensi dan akauntabliti dan strategi yang sesuai bagi memerangi rasuah. Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB yang berlangsung di Asia Pasifik sebelum ini menyatakan bahawa sesebuah Kerajaan yang baik memerlukan lapan karektoristik utama termasuk pembabitan berorientasikan konsensus ; akauntabel ; telus ; responsif ; efektif dan efisien ; adil dan inlusif dan patuh kepada kedaulatan undang-undang. Lazimnya, nilai-nilai ini menjamin bahawa aktiviti rasuah dapat diminimakan, pandangan kaum minoriti diambil kira dan suara-suara rintihan masyarakat didengar sebelum sesuatu keputusan dibuat sebagai responsif terhadap keperluan sekarang dan masa depan masyarakat. Dengan ini, saya ingin memperjelaskan sebahagian karektoristik dinyatakan bagi sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik:-
Adalah tidak perlu mencipta semula sesebuah roda pentadbiran Kerajaan bagi menyesuaikan dengan konsep pemerintahan yang baik. Sebaliknya, apa yang diperlukan adalah kehendak politik. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan urus tadbir berasaskan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) atau amar maaruf nahi mungkar. Sebagai sebuah Kerajaan CAT, kita mempraktikkan prinsip bahawa tidak mengira seekor kucing itu hitam ataupun putih selagi ia boleh menangkap tikus. Dengan mengadaptasikan sistem tender terbuka dan melawan amalan-amalan rasuah secara berterusan dalam usaha mempromosikan nilai intergriti, Pulau Pinang telah berjaya mengubahh defisit anggaran RM35 juta pada tahun 2008 kepada rekod lebihan RM88 juta. Pada tahun 2009, dengan lebihan RM77 juta terhadap unjuran defisit RM40 juta. Lebihan ini membolehkan Kerajaan Negeri membayar dividen anti-rasuah secara tunai kepada golongan warga emas pada setiap tahun dan juga urusan pengurusan jenazah yang tidak pernah dipraktikkan sebelum ini. Pencapaian Pulau Pinang lazimnya dipuji oleh Transparency International - Kerajaan pertama di Malaysia yang memperoleh pengktirafan tersebut. Saya yakin bahawa pemerintahan adalah satu set bahan asas yang memerlukan seseorang pemimpin dan sesebuah Kerajaan bagi membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada rakyat. Sokongan rakyat adalah perlu bagi meyakinkan masyarakat umum mengenai manfaat sesebuah pemerintahan Kerajaan yang baik. Pemerintahan Kerajaan yang baik boleh dicapai melalui pembetukan peradaban yang menyokong nilai-nilai kebenaran, ketaqwaan kepada Tuhan yang mengganggap kehidupan sebagai bantuan timbal balik dan bukannya konfrontasi langsung. Sebagaimana saya nyatakan, adalah tidak perlu mencipta semula sebuah roda pentadbiran - apa yang diperlukan adalah kehendak politik. Masyarakat hanya boleh diyakinkan bahawa sesebuah Kerajaan adalah serius apabila terdapat sebuah pimpinan contoh berasaskan kepimpinan efektif dan kukuh dengan nilai integriti dan perbelanjaan berasas. Teladan dan contoh pemerintahan yang baik dapat dibuktikan melalui Kalifah Umar Abdul Aziz. Beliau telah memperkenalkan kepelbagaian reformasi ; pentadbiran, fiskal dan pendidikan. Inspirasi kejujuran dan integriti menjadi intipati kepada pemerintahan pendek beliau di dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pemerintahan beliau telah banyak mempengaruhi sejarah tamadun manusia. Bayangkan bagaimana seorang yang jujur yang sanggup memadamkan lampu ketika melakukan kerja-kerja peribadi. Kita tidak akan terpesong sekiranya mengikut warisan yang diperturunkan oleh beliau di dalam mempromosikan corak pemerintahan yang baik di dalam pentadbiran kami. Apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak meluluskan peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan. Berasaskan faktor-faktor ini, saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan Presinden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menggambarkan negara-negara Islam secara negatif iaitu sebagai negara yang tidak progresif, korup, miskin dan terbelakang. Dr. Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi. Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis, barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di persada dunai sebagai kuasa ekonomi. Saya percaya bahawa negara-negara Islam dapat meraih kembali kegemilangan mereka sebelum ini seperti China dan India. Sekiranya terdapat sebuah pemerintahan yang baik seperti Islam yang memiliki pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz. Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif berasaskan rasuah dan diktator. Kita mempunyai ramai pembicara terkemuka yang amat arif mengenai topik ini, maka, justeru, kita perlu segerakan dan tidak lagi perlu tunggu untuk berkongsi pandangan serta pengalaman dalam mempromosikan pemerintahan yang baik. *Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP & Ketua Menteri Pulau Pinang
|