red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan media oleh Cheong Yin Fan, Setiausaha Akhbar kepada Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang di Geoerge Town pada hari Selasa, 21hb Disember 2010:

Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak pernah mempersoalkan dan mempertikaikan kerakyatan mana-mana warga Malaysia dalam ucaptama beliau dalam Konvensyen Kebangsaan Kedua PR

Ketua Menteri(KM) Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng tidak pernah mempersoalkan dan mempertikaikan kerakyatan mana-mana warga Malaysia dalam ucaptama beliau dalam Konvensyen Kebangsaan Kedua PR di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19.12.2010. Sila baca teks ucapan penuh beliau di bawah tajuk "Kerajaan Berjiwa Rakyat Untuk Rakyat Malaysia Sebenar".

Jelas, Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO Pulau Pinang seperti Dr Novandri Hasan Bari sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah dengan menggembar-gemburkan kononnya KM mahu kerakyatan warga Malaysia dipersoalkan. Seperti yang dinyatakan oleh KM,

"Rakyat Malaysia (the real Malaysians) yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masayarkat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

Yang bukan rakyat Malaysia sebenar adalah yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama, yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya serta kaki fitnah dan tohmah. Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians."


* Cheong Yin Fan, Setiausaha Akhbar kepada Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional