red arrow http://dapmalaysia.org 

 

 

Kenyataan Akhbar oleh Ean Yong Hian Wah di Shah Alam pada Selasa, 5hb Januari 2010:

Pihak polis sepatutnya menumpu perhatian dan tenaga untuk membanteras jenayah, bukan membazirkan masa untuk menyiasat peminpin-peminpin DAP dan Pakatan Rakyat yang tidak bersalah

Pihak polis merakamkan keterangan saya dibawah Seksyen 112, Kanun Prosedur Jenayah hari ini.

Saya ingin menegaskan bahawa kita, peminpin DAP akan terus bercakap benar untuk menegakkan keadilan. Kita tidak akan berundur walaupun terdapat tekanan daripada sesetengah pihak.

Saya masih kekalkan pendirian saya, iaitu menyeru pihak polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas ucapan mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Kita mahu pihak polis menumpu perhatian dan tenaga mereka untuk membanteras jenayah dan mencari kisah sebenar kematian Teoh Beng Hock, bukan membazirkan masa untuk menyiasat peminpin-peminpin DAP dan Pakatan Rakyat yang tidak bersalah.

Seluruh rakyat sedang meneliti setiap pergerakkan pihak polis, mereka mahu lihat polis bertindak dengan bebas dan profesional. Rakyat percaya bahawa Teoh Beng Hock bukan bunuh diri tetapi ada orang cuba menyembunyikan sesuatu.


* Ean Yong Hian Wah, EXCO Kerajaan Negeri Selangor & Pengerusi DAP Selangor

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional