Kenyataan Akhbar oleh Ean Yong Hian Wah di Shah Alam pada hari Rabu, 27hb Januari 2010: Mengutuk sekeras-kerasnya atas tindakan membuang kepala babi di karangan masjid di Selangor Saya ingin mengutuk sekeras-kerasnya atas tindakan membuang kepala babi di karangan Masjid Taman Datuk Harun dan Masjid Taman Seri Sentosa di Selangor pagi tadi. Tindakan ini seolah-olahnya cuba untuk meningkatkan ketegangan agama dan meniupkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat. Saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya bersikap tenang dan tidak tertipu oleh taktik kotor politik yang digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya juga berharap pihak polis mengambil tindakan dengan segera supaya penjenayah-penjenayah yang terlibat dapat ditangkap dan dihadap ke mahkamah. * Ean Yong Hian Wah, Pengerusi DAP Selangor & Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor
|