red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://votecharles.wordpress.com/ 

 

 

Kenyataan Media oleh Charles Santiago di Klang pada hari Rabu, 27hb Januari 2010:

Menggalakkan pengangkutan awam yang berkemampuan dan efisien

Saya berasa sakit hati kerana cadangan penutupan stesen bas Klang lama adalah dikemukakan oleh Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat. Isu ini memang melibatkan kepentingan pengguna-pengguna bas, peniaga-peniaga dan syarikat pengangkutan awam.

MPK dan Ahli Majlis harus mengingat objektif infrastruktur awam ini adalah untuk kemudahan orang awam khususnya golongan berpendapatan rendah. Sebarang perubahan yang menyimpang daripada objektif ini dan tidak menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam adalah satu kegagalan, walaupun projek pembangunan tersebut mungkin agak bernilai dari segi kesenian atau fasiliti paling moden.

Pengguna Bas tidak berhasrat mengguna pakai Klang Sentral kerana ia terlalu jauh dan mahal. Tujuan menyediakan pengangkutan awam ialah membekalkan perkhidmatan yang berkemampuan dan efisien, Klang Sentral tidak dapat mencapai kedua-dua kriteria ini. Kos pengangkutan dan kos perniagaan adalah tinggi berbanding dengan stesen bas lama, ia membebankan kehidupan rakyat.

Saya ingin mengingati MPK dan Ahli Majlis Pakatan Rakyat supaya menghormati suara rakyat yang telah disuarakan dalam bancian yang diselidik oleh Jabatan Perancang Bandar pada tahun lepas, iaitu dua per tiga pengguna bas berpendapat stesen bas lama harus dikekalkan.

Saya juga berharap Ahli-Ahli Majlis Pakatan Rakyat mematuhi Dasar Pakatan Rakyat yang telah diluluskan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pertama pada 19 Dis 2009 khususnya “mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan”.

Sebagai ‘frontliner’ Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Majlis Perbandaran Klang sepatutnya memahami kehendak pengguna-pengguna bas, bukan membuat keputusan berdasarkan dakwaan-dakwaan yang tidak menyakinkan. Ahli-Ahli Majlis harus menganjurkan satu pendengaran awam untuk mendengari suara-suara pengguna bas dan mengkaji semula keputusan mereka.


* Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen Kawasan Klang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional