red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://wengsan.blogspot.com/ 

 

 

Ucapan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San semasa membahas Rang Undang-undang Pengawalan Perternakan Babi (Pindaan) 2010 pada hari Isnin, 12hb Julai 2010:

Ucapan atas perbahasan Rang Undang-undang Pengawalan Perternakan Babi (Pindaan) 2010

Saya ingin mengucapakan syabas kepada kerajaan negeri kerana telah berjaya membentangkan Rang Undang-undang Pengawalan Perternakan Babi (pindaan) 2010 ini.

Saya berharap dengan adanya pindaan ini, Enakmen Pengawalan Perternakan Babi Selangor yang sedia ada akan menjadi lebih lengkap di mana Enakmen ini akan membantu Kerajaan Selangor mengawal industri penternakan babi di Selangor supaya ianya mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang kesihatan dan kebersihan alam sekitar yang sedia ada.

Ini juga secara langsung membantu mempertingkatkan kualiti daging babi yang dihasilkan. Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, daging babi merupakan satu pasaran yang besar di seluruh dunia. Justeru itu, daging babi yang bersih dan berkualiti tinggi sudah pasti akan mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna seluruh dunia.

Bayangkanlah kalau negeri Selangor mampu menghasilkan daging babi yang bersih dan berkualiti tinggi sehingga dapat menempusi pasaran Europah dan Amerika Syarikat, pasti ianya akan dapat menjana keuntungan yang tinggi kepada kita.

Pembentangan Rang Undang-undang Pengawalan Perternakan Babi (pindaan) 2010 ini mengingatkan saya tentang isu penternakan babi secara berpusat yang pernah dicadangkan pada tahun 2008 di mana isu ini telah dieksploit oleh UMNO dan BN untuk kepentingan politik mereka.

Keyakinan kerajaan negeri Selangor untuk membentangkan Rang Undang-undang Pengawalan Perternakan Babi (pindaan) 2010 ini menunjukkan Kerajaan Selangor sudah bersedia untuk berhadapan budaya politik pesong UMNO dan BN nanti jikalau mereka cuba memainkan isu ini sebagai isu politik.

Oleh itu, saya memohon menyokong Rang Undang-undang Pengawalan Perternakan Babi (pindaan) 2010 ini.


* Lau Weng San, ADUN Kampung Tunku

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional