red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://tonypua.blogspot.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Tony Pua Kiam Wee di Petaling Jaya pada hari Jumaat, 23hb Julai 2010:

Serangan UMNO terhadap Kerajaan Negeri Selangor disebabkan oleh kroni UMNO yang tidak dapat memperoleh faedah lagi

Pemimpin UMNO Selangor seperti Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Datuk Noh Omar sedang cuba bersaing antara satu sama lain dalam memburukkan pentadbiran negeri Selangor atas sesetengah dasar kuncinya. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri juga telah menjejak kakinya, menuduh pentadbiran negeri yang lemah terutamanya berkaitan dengan isu perlombongan pasir dan pembekalan perkhidmatan air di Selangor.

Motivasi mereka amatlah jelas apabila kita tidak dapat melihat mana-mana pemimpin UMNO yang menegur pentadbiran Johor di bawah Datuk Abdul Ghani Othman di mana perlombongan pasir yang haram serta penyeludupan pasir yang terburuk berlaku walaupun ini menjadi kenyataan bahawa isu-isu tersebut telah dititikberatkan secara meluas oleh media.

Lebih teruk lagi, Tan Sri Muhyddin Yassin berani memarahi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atas pendirian yang tegas mengekalkan takrif air dan memperbaiki kualiti perkhidmatan air dalam suatu pertikaian dengan SYABAS, subsidiari Puncak Niaga Holdings Bhd. yang berhubungan dengan UMNO. Ini menjadi suatu kenyataan negeri asal Timbalan Perdana Menteri, Johor telah menderita dengan takrif air yang paling tinggi di seluruh negara selepas penswastaan air dan pada masa yang sama terpaksa menanggung kekurangan pembekalan air yang serius di bandar-bandar besar seperti Kluang dan Batu Pahat baru-baru ini iaitu beberapa bulan yang lalu.

Sebab-sebab bagi hal tersebut adalah jelas bagai hablur. Pendirian tegas oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan penguasaan dan rasuah, memaksimumkan pendapatan kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa menambahkan bebanan kewangan rakyat sedang merosakkan saku kroni UMNO di Selangor yang telah menyesuaikan diri dengan cara Barisan Nasional.

Syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) sekarang berkemampuan menyelesaikan pemberian lesen untuk perlombongan pasir di dalam negeri. Bagi setiap perlombongan pasir, operator yang sah mendapat lesen mereka melalui tender terbuka atau pertanyaan untuk tawaran harga dan perundingan terus tidak akan dilayan lagi. Dengan ini, pemegang lesen ˇ°Ali-babaˇ± di bawah pemerintahan sebelum ini yang menuai keuntungan mudah dengan mendapat lesen melalui penguasaan dan kemudiannya menyerahkan kontrak kepada suatu pihak untuk kerja perlombongan yang sebenar demi keuntungan yang cepat dan mudah tidak akan giat lagi kerana mereka tidak layak ataupun tidak setanding dengan tawaran harga oleh operator yang sah. Jelasnya, ini telah menarik sekumpulan pengkritik adil yang berkongsi pendapat yang kritis terhadap KSSB kerana sistem baru ini adalah lebih bersaing dan telus.

Tambahan pula, proses-proses dan penguatkuasaan yang lebih ketat telah menyebabkan kebocoran yang kurang melalui perlombongan pasir yang bawah deklarasi dan ini seterusnya menambahkan pendapatan kerajaan negeri secara drastik. Sebenarnya, jumlah royalti dan keuntungan sebelum pembayaran cukai yang tumbuh bagi kedua-dua negeri dan subsidiari, KSSB telah meningkat dari RM4.39 juta pada tahun 2007 di bawah BN kepada RM8.17 juta ataupun 86.1% pada tahun 2008, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat selama 9 bulan.

Ini telah meningkat lagi kepada RM13.76 juta ataupun 213% yang mengagumkan pada tahun 2009. Untuk separuh tahun 2010 yang pertama sahaja, negeri telah mengutip sebanyak RM15.3 juta dan dalam arah untuk mencapai peningkatan sebanyak 500% untuk seluruh tahun. Lihat Carta 1 di bawah untuk butiran-butirannya.

Carta 1: Royalti yang dikutip oleh Selangor untuk perlombongan pasir dari tahun 2005 - 2010

Sudah cukup jelas, angka-angka ini adalah hasil dari pentadbiran negeri yang kompeten, bertanggungjawab dan telus. Pendapatan yang meningkat ini telah digunakan untuk membiayai skim kebajikan kerajaan negeri bagi rakyat.

Begitu juga, bagi isu air yang dibincangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Noh Omar sejak akhir-akhir ini, Tan Sri Khalid Ibrahim masih mengekalkan kecekalan hatinya dengan menunduk kepada taktik Puncak Niaga Holdings Bhd yang berhubungan dengan UMNO dan disokong oleh Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh UMNO. Puncak Niaga Holdings telah cuba meningkatkan takrif air dengan kadar yang agak tinggi dan tidak berpatutan sehingga 37% bagi pengguna Selangor dan sehingga kini enggan menerima cadangan negeri untuk menggabungkan industri air yang bukan sahaja membawa takrif yang lebih rendah malah juga perkhidmatan air yang lebih baik. Sebaliknya, mereka memilih untuk menyerang pemerintahan negeri dengan tuduhan pentadbiran sumber air yang lemah hanya kerana negeri menawarkan 20 m3 air secara percuma setiap bulan untuk membantu rakyat miskin dan orang yang serba kekurangan di dalam negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Ketua Perhubungan Selangor, Datuk Noh Omar dan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo jelasnya sedang beraksi sebagai suara agresif kroni UMNO dalam usaha mengganggu kestabilan kerajaan negeri dan membalas dendam terhadap dasar-dasar Pakatan Rakyat yang mementingkan kebajikan rakyat dulu.

Tan Sri Muhyiddin sepatutnya memberitahu kroni parti bahawa mereka tidak boleh mengharapkan makanan tengah hari yang percuma dan wang mudah lagi, dan sepatutnya menyingkirkan ˇ°mentaliti subsidiˇ± mereka dalam mengharapkan pemberian daripada kerajaan. Akhirnya, jika rakyat dijangka menahan pelbagai peningkatan harga barang disebabkan oleh potongan subsidi, pastinya kroni UMNO yang mendapat keuntungan lumayan dalam tahun-tahun sebelum ini mungkin boleh belajar menjadi bersaing untuk kali ini.


* Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP & Ahli Parlimen bagi Petaling Jaya Utara

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional