http://lokesiewfook.blogspot.com/
Kenyataan media oleh Loke Siew Fook di Parlimen pada hari Rabu, 16hb Jun 2010: Keputusan Kerajaan untuk memansuhkan biasiswa JPA secara beperingkat-peringkat bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) ingin menyatakan bantahan yang sekeras-kerasnya terhadap keputusan kerajaan untuk memansuhkan pemberian biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang secara berperingkat-peringkat seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam. DAPSY merasakan keputusan ini sangat tidak adil kepada generasi muda Malaysia kerana pengurusan kewangan yang boros dan tidak berhemah oleh Kerajaan Barisan Nasional telah menyebabkan generasi muda Malaysia terpaksa menanggung akibat dan implikasinya. Kerajaan mengatakan pemberian biasiswa ini tidak dapat diteruskan kerana pembiayaan kewangan yang tinggi dan kerajaan tidak mampu menanggungnya. Ini adalah satu alasan yang tidak boleh diterima sama sekali. Tatkala apabila kerajaan mengumumkan cadangan untuk membina bangunan Parlimen yang baru bernilai RM800 juta dan kos pembinaan Istana Negara mencecah RM811 juta, tidak ada rakyat Malaysia yang waras yang dapat menerima keputusan kerajaan untuk menidakkan peluang pelajar cemerlang Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kekurangan sumber dana. Keputusan ini hanya akan membantutkan peluang ribuan anak Malaysia setiap tahun dari semua kaum yang tidak berkemampuan daripada menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang berharga di perantauan. Keputusan ini cukup bercanggah dengan falsafah dan semangat yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-10 yang dibentangkan kurang dari seminggu yang lepas. Secara spesifiknya, dalam sub-topik "Membentuk belia untuk menjadi Pemimpin Masa Hadapan yang dinamik dan berinspirasi" mukasurat 185 berbunyi;
Apakah isi kandungan yang tertera dalam RMK-10 yang dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri sekadar "indah khabar dari rupa"? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hari semakin dikenali sebagai "Perdana Menteri flip-flop". Namun, kita tidak menjangkakan bahawa beliau begitu cepat "flip-flop" dalam dasar yang dibentangkan oleh beliau sendiri di Parlimen kurang dari seminggu yang lepas. DAPSY mengulangi seruan kita bahawa kerajaan sepatutnya menubuhkan satu Jawatankuasa Pemilih Khas Parlimen untuk mengkaji semula secara menyeluruh setiap aspek pelaksanaan dan sistem pemilihan penerima biasiswa JPA termasuk 2 cadangan kami iaitu:
* Loke Siew Fook, Ketua Pemuda Sosialis DAP & Ahli Parlimen Rasah
|