red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://ngakorming.com/ 

 

 

Kenyataan media oleh Nga Kor Ming di Taiping pada hari Khamis, 24hbJun 2010:

Statistik Jabatan Perdana Menteri bukti Perak miskin dibawah BN, sudah tiba masanya untuk berubah!

Negeri Perak telah menjadi Negeri yang mempunyai bilangan paling banyak dalam jumlah keluarga berpendapatan rendah kurang dari RM2,000 sebulan dan Perak turut merosot menjadi negeri ketiga paling miskin selepas Sabah dan Terengganu, setelah 53 tahun dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Saya menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk berubah bagi rakyat di seluruh Perak.

Mengikut statistik Jabatan Perdana Menteri, 40% keluarga rakyat Malaysia, iaitu 2.4 juta keluarga di seluruh negara berpendapatan kurang dari RM2,000 setiap bulan, manakala Perak mempunyai bilangan yang paling banyak, iaitu 192,000 keluarga, atau 12.5% dan diikuti oleh Sabah, Johor, Kedah dan Sarawak. 40% lagi rakyat Malaysia berpendapatan di antara RM2,300 hingga RM5,599. Hanya 5.9% keluarga rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan lebih dari RM10,000.00. Keadaan ini jauh menepati sasaran di mana menjelang 2015, rakyat Malaysia berpendapatan purata RM52,000.00(USD15,000) setiap tahun.

Fakta ini amat memalukan rakyat Negeri Perak kerana pada 1970-an, Negeri Perak pernah menjadi negeri paling kaya jika dibandingkan dengan negeri lain. Kadar kemiskinan Perak juga membimbangkan dengan kedudukannya merosot sehingga menjadi negeri ketiga termiskin, hanya lebih baik jika dibandingkan dengan Sabah dan Terengganu.

Saya menyeru rakyat menyokong dasar reformasi Pakatan Rakyat dan memberi sokongan penuh kepada PAKATAN RAKYAT pada pilihanraya umum ke-13 demi masa depan anak bangsa dan negeri Perak.


* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Taiping

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional