red arrow http://dapmalaysia.org 

 red arrow http://votecharles.wordpress.com 

 

 

Kenyataan Media Charles Santiago di Klang pada hari Ahad, 21hb Mac 2010:

Syabas diminta supaya mengutamakan hak asasi manusia dan bukan keuntungan

Saya ingin merakamkan kekesalan saya terhadap perbalahan pemotongan air di Pangsapuri Armada Putra, Pulau Indah pada malam 19hb Mac 2010. Pihak Syabas bersama polis ingin memotong bekalan air kali ke-11 tetapi dihalang oleh penduduk dan mencetuskan kekecohan.

Sebelum ini, kerajaan negeri Selangor telah bersetuju membayar tunggakan air sebanyak RM40 ribu sebagai langkah pertama sambil membincang denagan semua pihak berkenaan untuk mencapai penyelesaian keseluruhan.

Akan tetapi kerajaan negeri tidak dapat membuat bayaran dalam masa satu minggu kerana terikat kepada prosidur kewangan kerajaan negeri.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Nik Nazmi telah meminta agar Syabas memberi kelonggaran tarikh bagi membuat bayaran ini. Permintaan ini ditolak oleh Syabas dan syarikat air ini telah mengarahkan pemotongan bekalan air serta-merta selepas tarikh tamat iaitu 19hb Mac 2010.

Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa Syabas hanya mementingkan keuntungan dan tidak menguruskan bekalan air dari aspek sosial dan perikemanusiaan. Ini merupakan suatu masalah yang mesti timbul selepas kerajaan menswastakan kemudahan awam seperti bekalan air.

Di samping itu, pihak Syabas juga perlu memikul sebahagian tanggungjawab mengenai jumlah tunggakan bil air di Armada Putra. Ini adalah kerana syarikat ini tidak mengesan masalah kebocoran air dan membaiki secepat mungkin. Kebocoran paip telah menyebabkan tunggakkan melambung sehingga RM800 ribu yang tidak mampu ditanggungkan oleh penduduk.

Saya ingin menekankan di sini akses kepada air adalah hak assisi manusia dan hak ini tidak boleh dikompromikan, Syabas sepatutnya boleh mengelakkan tindakan keterlampauan ini dengan memberi kelonggoran beberapa minggu bagi kerajaan negeri Selangor membuat bayaran dan berunding masalah ini seterusnya.

Maka, langkah kerajaan negeri Selangor mengambil alih konsesi air daripada tangan Syabas dan Puncak Niaga di alu-alukan oleh rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan rakyat tentu akan “merakyatkan” perkhidmatan bekalan air dan bukan mementingkan cari keuntungan sahaja.


* Charles Santiago, Naib Pengerusi DAP Selangor & Ahli Parlimen Klang

 

 

Valid HTML 4.0 Transitional